Apa makna cinta pada Allah?
Apa dia? Ia adalah perasaan apabila anda melakukan sesuatu untuk
mendapat keredhaan-Nya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat
cinta-Nya juga untuk mendapat rahmat-Nya supaya hidup anda berkat
sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan
sesuatu secara percuma "simply" sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.
Orang
sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya
kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah,
bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah,
berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga
kerana Allah.
Dia tidak melakukan semua itu kerana duit
tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah
kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang
fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat
kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan,
di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.
Cinta
pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca
Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau
bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang
HATI anda.
Ini samalah seperti kita mahu
mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada
seseorang, pasti anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? anda
beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia
di Facebook anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor
telefon dia supaya anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa
cinta anda padanya.
Untuk
apa anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa anda
bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah
kerana anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah
sayang anda, supaya anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain.
Rasa takwa adalah rasa apabila anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu
mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, anda rasa cukup puas hati.
Bila
anda menolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya anda
akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu
melihat orang yang anda tolong itu gembira dalam menjalani
kehidupannya. anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu
perolehi, Allah melihat apa yang anda lakukan lantas melihat anda
sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.
Apa
petanda kasih sayang Allah? Rezeki anda dimurahkan, hidup anda
dibahagiakan, urusan anda dipermudahkan, masalah anda dikurangkan,
pergaulan anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.
~kuretomey~
1 comment:
:)
Post a Comment