Hawa,
Andai
engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah but kedua ibubapamu.
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban
suamimu. Andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak
gentar dalam memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu. Ingatlah wahai Hawa janji Rab kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan
muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, amak lahirnya
senyuman yang akan mencetuskan kiriman salam dan seterusnya disusuli
dengan pertemuan dan berturutan. Takut akan lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri sekaligus bisa membaham dirimu.
Hawa,
Lelaki
yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannya. Lelaki yang warak tidak menilai wanita
melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman
lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki
yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia
tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita iaitu sebuah
perkahwinan.
Jagalah
pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memnuhi dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
keluarga yang membahagiakan dirimu.
Cintailah
Allah di kala susah dan senangmu kerana kau akan memperolehi cita
daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana
kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta sebuah keluarga.
Jangan biarkan sesekali tangan yang menggoncang dunia menjadi tangan yang menggoncang iman seorang lelaki.
~kuretomey~
1 comment:
membaca post seperti ini,
buat aku tertanya, adakah aku sg bertemu dgn org yg salah?
ataupun aku seorang penggoncang yg harus mengubah fikiran dan matlamat seorang lki
yg mungkin sedikit lari dr yg lurus?
ok then, i'll try
Post a Comment