Tuesday, December 28, 2010

:::: wanita ibarat bunga ::::

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)

Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga..
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka, walaupun berat dipandangan mata si jahil
dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat.. 
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan
menyerah diri hanya kepada-Nya.

Allah swt berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 24 yang ertinya, 

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki 
mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka 
mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya 
walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki
dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita
memiliki tugas dan kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah
masing-masing. Namun, tujuan hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama,
iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman :

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita
sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." (QS. An-Nisaa: 124)

Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya memperlakukan wanita
sebaik-baiknya sebagaimana sabdanya: 

"Mereka yang paling sempurna di kalangan mereka yang ikhlas adalah 
mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik 
dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." 
(HR At-Tirmidzi)

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut
fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya :  

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan 
dari tulang rusuk yang tengkok adalah bahagian yang teratas,
jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya 
dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah terhadap kaum wanita kamu." Bukhary dan Muslim.

Nilai wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh
wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang
menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya
ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

~kuretomey~

Tuesday, December 14, 2010

trip to Kg Salak, Kuching I (GERIMA)

holalala....tetibe rasenye aku nak berkongsi dengan korang sume kisah perjalanan aku ke Kuching..hehe..yang len aku malas kongsi...:D..berikut adalah serba sedikit kisah perjalanan kami a.k.a skuad UniSZA...hehehehe



12/12/2010

ini masa kami semua bertolak ke KL...hehehe...macam-macam ragam ade..al maklumlah bile sek-sek gile bertemu dalam program yang same...memang gawat dibikinnye...perjalanan alhamdulillah selamat....penuh dengan gelak ketawa dan sakat menyakat terutama dari aku dan "lily" a.k.a fiqri.. ( pelik lelaki nama timangan manja lily...hahaha:D )....borak punye borak, tetibe je dunia ku gelap dan zzzzzzzzzzz.......

13/12/2010

celik je mate, tahu-tahu je da sampai kat Tol Sepang...macam-macam skill tido aku jumpe...yang tak boleh blah, orang belakang aku la ( identiti dirahsiakan )...siap kaki naik atas seat aku lagi, bahagian kepala lak tuh...cilakak betol...hahaha...aku ngan lily lak tido kaki bersilang, comel je...deqna plak ngan teddy bear kesayangan die..hahaha...

"result keluar" aku teringat semalam long kate kat aku..katenye shariff yang cakap...pas solat subuh, aku terus on9 jap..tengok-tengok takde pulak..haish....wat kelam kabut aku je memikirkan result..huk3...tak tenang percutian aku...lalalalala :))..

pas solat subuh, drop si din senget, deqna, ikhlas ngan kak ada kat LCCT...diorang gerak dulu....( aku suke gile sebab din takde..kalo tak asyik kaco aku je..hehe )..tapi yang tak bestnya, pagi-pagi bute da tercongok kat alamanda lepas breakfast dekat downtown ( roti canai tiga keping, karipap sardin ngan ubi serba satu, pastuh 2 jenis kuih lagi yang aku tak tahu name, teh suam )....bangla yang kije kat situ pon pelik je tengok kitorang tersadai kat taman permainan alamanda tuh..hahaha

tapi yang tak boleh blahnye, aku da habis RM 100 dekat alamanda tuh, sumenye gara-gara kegilaan aku terhadap buku-buku..huk3....sedih... :'( ( akibatnya sampai kat sarawak, aku pokai..wawawawa )....aku beli buku pahrol mohd juoi ( satu hati dua rasa xsilap ), hasrizal abu jamil ( secangkir teh pengubat letih ) ngan sape ntah penulis nya ( u-turn ke jalan yang lurus )..bosan kat alamanda tuh membuatkan aku berjaya menghabiskan buku pahrol juoi tu dengan jayanya...hehehe.. ( bangga dengan diri )


jam 1330, kitorang sume da bergerak ke LCCT...ape lagi, kerahan tenaga la..dah la lelaki ade 4 orang je, yang betul-betul lelaki 2 orang je...hu..maka basah jeruk lah baju aku dengan keringat..huk3...dah la sume bawak beg macam nak pegi Mekah bak kate lily..hahahaha..dapat seat 18E, p dalam flight sume dok merata....siot je...kalo aku taw aku rebut seat tepi tingkap..huhuhu....flight meluncur tepat jam 1650


                    
tiba di lapangan terbang antarabangsa Kucing tepat jam 1630..da settle sume urusan kat sane, kitorang terus naik bas UniMAS yang sedia menanti..singgah makan malam di warong 2000...menu aku, nasi ayam mak entek ( ayam + telur rebus + baked bean + nasi + sos + sup + serbuk kelapa kaler kuning ( tak tahu name ape ) dengan teh sipeng ( teh ais ) ngan teh sipeng special ( teh ais + gula melaka )...memang berselera sungguh aku makan malam tuh tapi makan tak kenyang la coz duit aku kering..hahahaha....

tepat jam 2120 kitorang tiba di UniMAS dan menginap di kolej alamanda...cantik kampus diorang..ada siap jambatan cinta lagi...hahaha...tasik memang best..tak heran la ley wat latihan rowing kat situ..:D...


suasana pagi hari di unimas
jambatan cinta (katanya lah)


dalam hostel unimas







ni semua adalah keadaan kolej alamanda...buat saudara redzuan zaaba, ini la yang sempat aku snap..hehehe....agak mewah dan terbaik juga bagi aku..selesa..:))

ok lah...pagi ni kami semua akan bertolak ke Kg Salak pada jam 0730 pagi...doakan perjalanan kami semua selamat dan berjaya melaksanakan misi program kami dengan jayanya ( tak dapat on9 selama 4 hari )...salam rindu buat semua kalian sahabat...:))

~kuretomey~

Sunday, December 12, 2010

batasan cinta

Maksud firman Allah :-

" dan antara tanda-tanda kesyukuran-Nya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih dan sayang "

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraan-Nya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah itu...

Kalian yang di kasihi allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari kemarau. Dan meminumnya dengan penuh kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian kasturi tanpa memilikinya. Bercintalah dan berkasih sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan menyuburkan ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan iman demi untuk keizzahan islam tercinta.....

~kuretomey~

Friday, December 03, 2010

sihat ikut cara Nabi s.a.w

Sihat..satu nikmat yang menjadi idaman setiap manusia...diperlukan saban waktu agar bisa melakukan aktiviti-aktiviti seharian kehidupan..Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur..Semua ini telah dibuktikan secara saintifik melalui pelbagai kajian yang dilakukan oleh sarjana bijak pandai tidak kira dari dunia barat atau dunia Islam.

“Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. ”


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah s.a.w selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat fardhu subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang sangat mendalam antara lainnya :

- limpahan pahala dari Allah

- kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB

- memberi kecerdasan minda, pemikiran dan sihat jiwa



2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah s.a.w sentiasa berpenampilan rapi dan bersih, setiap hari khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi, memaki celak.

“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim)



3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia, terdapat 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam iaitu dengan adanya puasa dalam bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan dan memperbaiki tahap kesihatan terutamanya sistem pencernaan.



4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Sebab itulah kita disarankan berjalan kaki ke masjid lebih afdhal.



5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah” diulangi sebanyak 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad semata-mata, tetapi lebih kepada kesucian dan kesihatan jiwa. Ada beberapa terapi yang tepat untuk menahan marah:

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri, hendaklah duduk, dan bila duduk, hendaklah berbaring
 
- Membaca Ta ‘awwudz, kerana marah itu datangya dari Syaitan
 
- Segeralah berwudhu
 
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati



6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam untuk kelapangan jiwa sehingga sentiasa sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah s.w.t



7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati / emosi, kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Disarankan juga untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, yang mana ianya akan memberikan kepuasan dalaman yang mutlak. 


"Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah…"

~kuretomey~

benarkah itu cinta???


Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Saya sering ditanya "Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?". "Alhamdulillah kamu adalah manusia normal" Itulah kebiasaannya respon pertama saya.

Hati kita memang mudah jatuh cinta dan mudah pula membenci. Bahkan kadang-kadang kita sangat cintakan seseorang kemudian dialah pulalah yang paling kita benci. Kecintaan kadang-kadang menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidung hingga boleh diseret kemana-mana sahaja walaupun ke lembah kehinaan dan kotor. Tetapi cinta juga boleh mengangkat kita tinggi bahkan lebih tinggi dan mulia dari malaikat.

Itulah cinta, penuh dengan keajaiban. Islam tidak pernah melarang kita untuk jatuh cinta atau dicintai. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi. Bukankah cinta itu mulia dan tinggi. Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa.

Benarkah itu cinta, Kalau kita semakin keji dan hina? Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman hingga akhirnya kita terdampar dipantai maksiat? Benarkah itu cinta, kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina? Benarkah cinta menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri? Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi 'suci'? Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan? Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?
                  Benarkah itu cinta
                 
Atau nafsu yang menggoda
                 
Atau syaithan yang memperdaya
                 
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala

                 
Benarkah itu cinta
                 
Atau kejahilan yang menguasai
                 
Atau dunia yang memperdaya diri
                 
Atau kita yang buta dan lupa

                 
Buta terhadap kebenaran dan Iman
                 
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
                 
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
                 
Lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

                 
Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
                 
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
                 
Bukankah semua kita mencari 'jalan pulang'

                 
Kenapa kehinaan yang datang
                 
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
                 
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
                 
Kenapa kita terlupa 'jalan pulang'

                 
Benarkah itu cinta?
                 
Atau kita yang diperdaya
                 
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
                 
Kesementaraan dinampakkan kekal
                 
Segala yang busuk terbau harum
                 
Segala yang keji ternampak indah


Benarkah itu cinta? Untuk menjawab persoalan ini memerlukan jiwa yang bersih dan iman yang benar bukan nafsu dan kejahilan. Cuba kita hitung dengan kebenaran, berapa ramai yang tewas dalam pelukan cinta sedangkan semalamnya dia adalah lelaki atau wanita mulia. Cuba kita tanyakan iman kita berapa ramai yang mendirikan rumahtangga atas dasar 'cinta pertama' dan berapa ramai yang mampu mempertahankan mahligai cinta itu hingga keakhir hayat mereka. Cuba kita buka mata hati kita dan kita lihat dunia cinta ini dengan ilmu, iman, kebenaran dan kesedaran. 

Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari 'kosmetik' sahaja. kita perlukan cinta bukan 'kosmetik cinta'. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon 'teruskan percintaan anda'. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.

Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa.
 
Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya. Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan.

Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu.

Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda...benarkah itu cinta?

~kuretomey~

bekalan taqwa, lemah lembut : penghias segala sesuatu

Dari Aisyah r. a, dia berkata: Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku: "Wahai aisyah, hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sama sekali tidak berada pada sesuatu melainkan menghiasinya, dan lemah lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya"
(Isnadnya Hassan, ditakhrij At- Tarmizi)

Wasiat yang sangat bernilai ini merupakan salah satu dasar penting yang membantu dalam kehidupan orang mukmin di dunia. Dasar taqwa, hendaklah engkau menciptakan satu perlindungan antara dirimu dan yang engkau takuti agar dapat menjaga dirimu. Taqwa wanita muslimah kepada Tuhannya, hendaklah menjaga dirinya dari dimurkai Allah dengan cara melaksanakan perintah-Nya.

"Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepadaKu hai orang-orang yang berakal"
(al-Baqarah: 197)


Sifat-sifat orang yang bertaqwa:

1. Beriman kepada Allah

2. Beriman kepada Malaikat

3. Beriman kepada kitab-kitab samawi yang diturunkan di sisi Allah

4. Beriman kepada Rasul

5. Beriman kepada hari akhirat

6. Mendirikan solat

7. Menunaikan zakat

8. Memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan lain-lain

9. Sabar tatkala mendapat penderitaan, kesempitan dan tatkala perang

10. Menepati janji

11. Benar dalam keimanannya kepada Allah

12. Mengagungkan syiar-syiar Allah swt

13. Menginfakkan (membelanjakan) harta dalam keadaan lapang dan sempit

14. Menahan rasa marahMemafkan kesalahan orang lain

15. Beriman kepada hal-hal yang ghaib


Berkat bersifat taqwa:

1. Mengambil manfaat dari al-Quran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya

2. Kedudukan yang tinggi di sisi Allah pada hari kiamat

3. Memperolehi syurga dan apa yang terkandung di dalamnya

4. Mendapat kecintaan Allah

5. Mendapat perhatian dari Allah

6. Memperolehi kejayaan

7. Hilang rasa takut, sedih, dan mendapat khabar gembira di dunia

8. Terbuka pintu keberkatan dan nikmat dari langit dan bumi

9. Mendapat apa yang boleh membezakan antara yang hak dan bathil

10. Mendapat perlindungan Allah

11. Keselamatan dari neraka pada hari kiamat

12. Berkumpul bersama-sama utusan Allah yang terhormat

13. Kesudahan yang baik

14. Keampunan dosa

15. Persahabatan yang menguntungkan pada hari kiamat

16. Berada di suatu teman yang aman

17. Kemuliaan di sisi Allah

18. Mendapat tempat yang disenangi di syurga

19. Mendapat rahmat, hidayah dan maghfirah dari Allah

20. Keluar dari kekhuatiran dan kesempatan di dunia dan akhirat

21. Segala urusan dipermudahkan, segala kesalahan ditutupi dan pahalanya dilipat gandakan

22. Selamat dari tipu daya orang-orang yang dengki dan iri hati

23. Amalannya diterima oleh Allah

24. Diterima secara ramah dan baik oleh malaikat pada hari kiamat nanti


Ar-Rifq ertinya sikap lemah lembut, wajah berseri dan lapang dada. Lemah lembut memiliki satu kelebihan dari akhlak-akhlak lain. Maka Allah memberi pujian yang baik kepada oanrg yang memiliki sifat lemah lembut di dunia dan pahala yang melimpah ruah di akhirat. Sifat lemah lembut mempercantik orangnya dan memperindah di mata manusia di sisi Allah.

Maka jadikanlah sifat lemah lembut sebagai perhiasan dirimu wahai muslimah, yang dapat engakau terapkan terhadap anak-anak, suami dan tetanggamu. Jadikanlah ia sebagai jalan kehidupanmu agar dapat mencapai apa yang engkau kehendaki.

Al-Asma'y pernah berkata dalam syairnya:

"Tak pernah ku lihat kelemah lembutan, Seperti dalam kehalusannya, Dia keluarkan anak-anak perawan, Dari tempat pingitannya, Siapa minta pertolongan, Dalam menyelesaikan urusan, Diapun bisa mengeluarkan binatang, Dari tempat persembunyiannya."

(Rujukan: 50 wasiat Rasulullah SAW untuk wanita)

~kuretomey~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...