Sunday, November 21, 2010

mudahkan urusan selagi tidak salah

hamdan lillah...segala pujian kita panjatkan kpd allah swt.selawat dan salam keatas baginda nabi muhammad saw serta keluarganya dan para sahabatnya.amma ba'du..

sebagai muslim kita seharusnya meneliti setiap amalan yg kita lakukan dgn penelitian yg berlunaskan quran n sunnah.amatlah malang jika kita amalkan satu perkara yg tidak diamalkan nabi dlm mengejar pahala dan menjalankan tanggungjawab kita sbg hamba.

kebanyakkan daripada kita sering menganggap agama islam ini sbgi agama yg berat/susah untuk kita.sedangkan bukanlah yg susah itu sifat agama melainkan agama itu sendiri disusah-susahkan oleh kita.kita telah meletakkan kesusahan itu atas nama agama kerana kejahilan diri sendiri dalam menilai agama.

telah jelas lagi nyata bahawa bahawa memilih yang mudah itu satu perkara yang sunnah selagi tidak menjadi salah.ini jelas berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh muslim bahawa aisyah isteri nabi telah berkata bahawa "nabi jika diberi pilihan dalam dua perkara baginda akan pilih mana yg mudah selagi mana yg mudah itu tidak mengandungi salah.jika terdapat dosa padanya baginda akan menjauhkan dirinya sejauh-jauhnya.nabi tidak mencela seseorang melainkan orang itu melanggar larangan allah swt".


kita faham dari hadis diatas bahawa nabi akan menjadikan yg mudah itu sbgi pilihan baginda selagi ianya tidak menjadi salah.jelas disini bahawa islam sendiri memudahkan urusan selagi mana pengambilan yg mudah itu tidak menjadi salah.


perlulah kita faham bahawa agama islam ialah agama yg mudah baik dr segi mentauhidkan allah hinggalah kepada hal2 peng'abdian diri seorang hamba kpd kholiqnya.kadang2 ia menjadi susah kerana kita terikat dgn taklid buta kita serta sikap ta'sub terhadap sesuatu pendapat.sehinggakan kita menganggap hanya pendapat yg kita pegang itu saja yg betul dan kita tdk boleh terima pendapat yg lain.ini bukanlah satu perkara yang membawa kepada kemajuan tetapi ia adalah kejumudan pemikiran asbab dari pegangangan/prinsip yg salah.kata imam asy-syatibi yg meninggal pd tahun 790h bahawa kita wajib untuk mengikut orang yg terhalang dari buat kesilapan(nabi saw) dan berhenti drpd mengikut orang yg tidak terhalang dari buat silap jika kita dapati kekeliruan pada ikutan tersebut.bahkan kita sandarkan/bandingkan apa yg datang dari para imam kepada quran n sunnah.jika quran n sunnah terima maka kita terima jika quran sunnah tolak maka kita kene tolak.


para imam sekalipun tidak terhalang dari membuat kesilapan.maka kita kita pelu teliti betul2 agar tidak ikut sama dlm kesilapan(jika ade silap).kerana agama islam tertegak atas dalil dan bukanlah kata2 manusia yg terdedah kepada silap n salah yang berhujjah tanpa dalil.adapun yang terbaik ialah apa yang berlunaskan nas dan bukanlah dari kata manusia.ini kerana kita manusia tidaklah betul 100% tapi yakinlah bahawa ape yang datang dari quran n sunnah itulah yg terhalang dari sebarang silap dan salah.


maka akhir sekali,kefahaman yang benar perlulah dibenarkan dlm diri kita.jika ambilan kita tidak benar maka kita tergolong dalam kelompok yg tidak benar.tetapi jika apa yang diambil itu benar maka dalam kelompok benarlah kita.maka sebaik2 kelompok antara dua kelompok td ialah kelompok yang benar kerana islam itu ialah agama yg benar.


mudah-mudahan rahmat dan petunjuk allah sentiasa bersama kita.pohonlah ia seyakin-yakinya kerana yang yakin itulah sebaik-baik pengharapan.yakinlah kepada yg benar(quran n sunnah) pasti kita selamat dunia akhirat.harapan saya kpd sahabat2 remaja islam khususnya.sokonglah yg benar!kerana itu tanggungjawab kita sebagai muslim.

wallahu 'alam 


p/s: petang nih nak masuk pekse pon sempat agi update blog..gile!! (^_^)

Saturday, November 20, 2010

di saat aku mencintaimu by dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

video

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

(-_-")

Friday, November 19, 2010

gelombang

video
 (old version = penyanyi asal)
Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini
p/s : suka liriknya...mendalam...(",)

menyesal by ressa herlambang

video


Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Di hati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

*
Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

**
Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

korban

Setiap orang biasa merasakan bahawa dirinya banyak melakukan pengorbanan. Tapi pengorbanan untuk apa? Betulkah kita sebenarnya sanggup berkorban untuk bangsa, agama dan negara? Benarkah selama ini kita bekerja siang malam demi keluarga atau berkorban untuk keluarga?

Benarkah kita sanggup berkorban masa?

Benarkah kita sanggup berkorban tenaga?

Benarkah kita sanggup berkorban harta?

Apa buktinya? Mana buktinya?

Hakikat sebenarnya, kita berkorban untuk kebaikan diri kita sendiri pun sangat sukar, sangat perit dan sangat menyiksakan….

Lihatlah……

Apa yang kita sediakan untuk bekal kita di kubur, di masyhar, di tittian sirath, dan sewaktu kita di hisab?

Banyak mana solat kita?

Banyak mana sedekah jariyah kita?

Sebanyak mana zikir kita?

Sebanyak mana bacaan al-quran kita?

Banyak mana taubat kita?

Banyak mana amalan kita ?

Entahlah………..

(T_T)


selamat menyambut hari raya aiduladha a.k.a korban 1431 hijrah


Tuesday, November 16, 2010

erti sebuah pengorbanan

: Bismillahirahmanirrahim ::

erti sebuah pengorbanan itu bila mana..

yang dahulu kita inginkan
yang dahulu kita miliki
yang dahulu kita sayangi
yang dahulu kita kasihi

diminta dariNya dengan..
melepaskan sesuatu kerana Allah
melepaskan sesuatu untuk Allah
melepaskan sesuatu hanya kerana untuk Allah

melepaskan segala yang diingini,
dimiliki,disayangi,dikasihi hanya kerana untuk Allah
tanpa bertanya kenapa
tanpa mempersoal mengapa
tanpa mempersoal jika bagaimana
tanpa menduga-duga

telus dan tulus menerima selayaknya sifat si hamba
kerdil..

telus dan tulus
biar terasa berat tapi dihujungnya ketenangan dan damai..
biar terasa pahit tapi dihujungnya kemanisan buah kesabaran

Disinilah Dia inginkan bukti
bukti Cinta yang dirayu-rayu memohon demiNya
bukti Niat yang dipasak satu tika dulu untukNya
bukti Janji dan tekad pada sebuah keyakinan padaNya
bukti Syukur yang dilafaz ..

bukti antara nikmat yang dimiliki itu andai diminta

semula ...redhakah kita demi mendapat REDHANya?

maka nikmat Tuhanmu Yang Manakah yang engkau dustakan?


Salam Aidil Adha buat jiwa-jiwa sekalian, hayatilah erti sebenar sebuah pengorbanan dalam mengharugi sebuah perjuangan hidup ini relakanlah diri untuk bersabar, berkorban dan terkorban hanya kerana Allah, Yakin janji-janjiNya buat jiwa-jiwa yang
merindukan pertemuan denganNya..

"..Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh. Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail).

Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata,
"Wahai anakku! sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu."

Dia (Ismail) menjawab "Wahai ayah!Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; Insyaallah engkau akan mendapatku termasuk orang yang sabar."
                                                                                                   (As-Shaffat : 100-102)


Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan


Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya 


video

Marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya, kita diberikan peluang oleh-Nya untuk terus menghirup udara tanpa sebarang bayaran, lantas memungkinkan kita untuk bertemu dengan Idul Adha yang merupakan satu simbol kemenangan umat Islam.

Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi, tanpa ada di sana unsur-unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.

Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini, sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata, namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya, yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.

Takbir yang dilafazkan pasti mengusik hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Allah s.w.t yang kita sembah, yang kita puji, yang kita agung-agungkan, yang kita nyatakan dihadapan-Nya kelemahan kita.

Nabi Musa a.s yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah s.w.t, lantas Allah s.w.t dengan penuh rahmat dan belasnya, membantu kekasih-Nya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak yang menyatakan " Aku lah Tuhanmu Yang Maha Tinggi " dengan menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.

Utusan terakhir, Rasulullah s.a.w kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk, namun Allah s.w.t lah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasulullah s.a.w.

Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.

Itulah hakikat kebesaran Allah s.w.t dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan penganut agama Allah ini mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan. Namun musuh-musuh Allah ini seakan lupa yang bahawasanya cahaya Allah s.w.t akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.

'Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .'


Generasi penggerak kebangkitan Islam

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.

Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

'Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'

Bayangkan suasana ketika Allah s.w.t memerintahkan nabi Allah, Ibrahim a.s untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail a.s.

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah s.w.t dan runtunan jiwa, mukmin yang sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.

Namun Allah s.w.t tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.'

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah s.w.t melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat (pergaulan bebas) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononnya . Kemudahan teknologi dan tamadun moden yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah s.w.t.

Budaya untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah s.w.t semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah, tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah s.w.t.

Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim a.s sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi??  Nabi Muhammad s.a.w menyatakan:

'Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.'

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah s.w.t dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah s.w.t memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini. Allah s.w.t berfirman:

'Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).'

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah s.w.t berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Latta dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.

Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme:

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah

Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.

Demi tuhan Kaabah ! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.


'Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.'

Kata pujangga:

· apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.


Sesungguhnya kita ini merupakan satu umat yang dimuliakan oleh Allah s.w.t semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam, maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah s.w.t.

Wahai hamba Allah!!! Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah s.w.t??

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah s.w.t mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

Insafilah duhai sahabat yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang berusaha untuk membentuk sahsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Hajar di sanubari kita.

Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.

Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.

Allah s.w.t mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.


**Artikel ini adalah hasil karya Ustaz Nasruddin Tantawi yang menulis di blog beliau, http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ dan telah diolah dan ditokok tambah oleh editor. :)

Thursday, November 11, 2010

terima kasih

terima kasih....satu ungkapan yang mudah, namun payah untuk dilaksanakan..hati boleh menjadi lembut dengan kata-kata keramat ini, dan hati juga boleh menjadi keras dan bernanah kerananya juga....mengapa saya berkata sedemikian???

bayangkan bagaimana perasaan anda apabila diberikan ucapan atau kata-kata 'terima kasih' selepas diminta melakukan sesuatu???? dan bagaimana pula jika apa yang dilakukan atau diminta bantuan anda untuk melakukannya dibalas dengan herdikan, cacian, makian (same je sume nih)???? pandai-pandai la fikir dan rasai..

bukan susah sangat pun nak ucapkan kata-kata yang ringkas tapi penuh dengan ke'padat'an maknanya....ucapan in merupakan sekecil-kecil penghargaan dari kita kepada semua makhluk..hatta kepada tumbuhan dan haiwan...jangan sangka 'mereka' tidak mendengar dan memahami pertuturan kita terhadap mereka...adakalanya, haiwan lebih pandai dan bijak mengungkapkan rasa terima kasih kepada yang berbuat kebaikan terhadap dirinya berbanding manusia....adakah kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, yang seharusnya lebih bijaksana berbanding haiwan ini tidak mampu mengungkapkan kata-kata 'terima kasih' ini??? ataupun sekadar menzahirkannya??? alngkah ruginya jika manusia itu bersikap sebegini...

oleh itu, tanamkanlah dalam diri agar mempunyai sifat berterima kasih dan saling menghargai antara sesama insan walaupun kebaikan yang dilakukan itu hanyalah secebis zarah...moga ganjaran di atas kelakuan / sifat ini, dapat membantu dalam berat timbangan amal kita untuk kita ke syurga..Insyaallah...

special thankz to all my friends, buat semua yang terlibat dalam kanvas hidup ini, guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik diri ini, kedua ibubapaku, keluarga dan sanak saudara serta seluruh masyarakat sama ada Islam mahupun yang bukan Islam....terima kasih kerana menerima kehadiran diri dalam dunia ini....

(^_^)


~kuretomey~

Tuesday, November 09, 2010

adakah kan berulang kembali??!!

sejak kelmarin, aku sering memikirkan, mengapa aku harus diuji sebegini??? mengapa yang ku ingini sangat-sangat, segalanya tidak pernah menjadi milikku....apakah semua ini???

tersentak imanku dengan rontaan nafsu yang menggila, hampir-hampir sahaja rasanya aku tersungkur...Alhamdulillah, Dia masih lagi menyayangiku dan mengurniakanku dengan nikmat IMAN dan SABAR serta REDHA....sesungguhnya tanpa 3 ikatan elemen ini, bisa membuatku tidak keruan dan dilanda kegilaan sepanjang musim...(ade ke gile sepanjang musim??)

Ya Allah...pada-Mu sahaja tempat ku bergantung harap, mengadu sedih dan dukacitaku...tentang hidupku, tentang imanku, dan tentang akalku....Kau sahajalah yang Maha Mengerti, Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu ini....Kau yang lebih tahu apa yang kau telah tentukan dan berikan kepadaku..mungkin kerana balasan terhadap kerosakan yang telah aku lakukan terhadap harta-harta-mu di muka bumi ini...jika benar Ya Allah...kau damaikanlah hatiku agar tidak terus ku terbawa dengan mainan perasaan dan nafsu yang sedang bergelojak dengan hebatnya tika ini....

Sesungguhnya hanya pada-Mu aku merintih, memohon agar Kau memberikan aku tempat di dalam syurga-Mu yang indah dan dengan rahmat-Mu Ya Allah....

(T_T")


~kuretomey~

Saturday, November 06, 2010

contengan seorang yang bosan..

hari nih 6 nov 2010...genap la 2 tahun lebih aku kat UDM @ UniSZA nih....huishhh..penat ke main lagi hidup ini...amat-amat mencabar buat diriku yang kerdil serba tak berupaya di sisi-Mu...pelbagai keletah, ragam dan perangai ( walhal sama je sume maksudnya ) manusia yang aku dah jumpe...boleh kata setiap sem ada je la masalahnya tapi alhamdulillah...ku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana diberikan kekuatan untukku menghadapinya walaupun sakit, peritnya hanya Kau sahaja yang Maha Mengetahui.....


sem 5

betul-betul sem yang menguji ketahanan mentalku..fizikal aku da bese dah..takde masalah...heee ( riak pulak aku )...haish3x...nape pulak la aku merepek-repek masuk ke masalah pulak nih....dah lepas kan..haha..." betul-betul..watpe la ko ingat lagi syahmi oi.." ( nih watak-watak dalam diri aku )..korang mesti kate aku nih budak gile kan sebab dok ngomel sorang-sorang,.hahah...;p...

sem ni la rasenye paling banyak aku ponteng kelas...terutamanya kelas etnografi pribumi di Malaysia ( Dr Ramlee ), agama dan masyarakat ( Dr Daud Ismail ), penganalisisan data penyelidikan ( Cik Siti Hajar ) - kelas killer aku nih -...huu..minta maaf wahai lectureku..bukan sengaja niat diri ini nak tuang kelas kalian tapi sebab terlampau banyak tanggungjawab lain...ape pun, diri ini sangat-sangat bersalah sebab tak dapat duduk sekali dalam kuliah pengajaran lecture sume...huu....kurang ilmu aku berbanding dengan yang lain....

habis pasal kelas...sekarang....aku nak merepek ape pulak lagi..hahahaha....erm....sem ni aku tak taw la camne keadaannya dengan study aku..nampak gaya macam tak dapat skor tapi tak boleh mengalah...mesti kena usaha...pantang mengalah sebelum berusaha....aku skor semua A untuk subjek-subjek yang aku ambil sem nih....etnografi pribumi di Malaysia, agama dan masyarakat, orientalisem dan Islam, kemahiran kaunseling, dakwah : teori dan aplikasi, dan penganalisisan data penyelidikan...Insyaallah akan berjaya...tapi masalahnya...masa study week nih, agak malas nak bace buku sebab hostel nih kosong je...rase macam baru lepas perang dunia ke-3 ( ade ke?? )..hahaha..sunyi mengalahkan rumah hantu plak bile waktu malam...mujurlah ade bini aku ( NBU 7567 )..bosan-bosan pon dapat jugak aku lepak kat pantai Tok Jembal...semalam, dekat 1 jam jugak melepak..mujur tak boleh mandi..kalau tak, aku mandi dah..hehehe...

sekarang ni, aku rasa sunyi sangat-sangat...tak tahu le nape, tapi mungkin macam ni jugak la rasa ibu bapa aku bile anak-anak sume dah tak de kat rumah...tinggal mereka berdua je..sedih siot...memang menitis jugak air mata aku semalam mase dok kat pantai....terbayang bile tibe masenye bile aku tue nanti, adakah aku mampu membahagiakan keluargaku, anak-anakku, sanak-saudaraku...haishh..udah3x le syahmi oiii..jauh no merenung memikir yang tak sampai lagi..hahahaha..belajar dulu samapai habis...dapatkan 1st class upper dulu, sambung master...baru le ley mikir bende-bende gitu...hahahaha.....

tapi sebenanrnye....aku da semacam nak sangat berumah tangga..haha..tak tahu le nape..gatal kot??;p..gile betul la otak ko ni syahmi oi...simpanan sendiri pun tak cukup lagi..ada hati nak berbini, nak sara bini ko camne ti???hahaha ( lagi dialog dengan diri sendiri )..hahahaha..mereng kemerengan aku tika ini..

 last but not least...hehehe...good luck to all my friend bachelor of social science ( BOSS ) part 5, moga korang dapat yang terbaik sem nih....gegar DABS tahun depan..biar ramai-ramai dapat DL k....:)...aku doakan moga korang sume berjaya dalam hidup dan ukhwah kita akan berkekalan sampai ke syurga...walaupun terlalu banyak konflik yang berlaku dalam kelas, aku tahu..di hati kecil korang, tetap juga cintakan sahabat korang dan kedamaian...cuma kadang-kadang, masalah komunikasi dan ego individu yang menjadikan ianya terlampau rumit..:)


thats all..
wallhualam.

~kuretomey~

Thursday, November 04, 2010

sengsara membawa nikmat

Tidak adil

Manusia selalu tidak adil. Dia lebih selalu takut dengan keadaan yang serba pahit, sedih & kecewa. Tetapi dia tidak pernah sedih dengan kesenangan, populariti & kejayaan yang diraihnya. Apalagi jika manusia yang tidak pernah bahagia ketika mendapat kesedihan.

Allah Azza wa Jalla berfirman yang bermaksud:
" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan." (Al-Anbiya:35)

Manusia yang cerdik & bijak adalah manusia yang mampu menafsirkan keadaan sulit & pahit, menjadi suatu proses kematangan menuju kebahagiaan. Tidak ada manusia yang berjaya tanpa halangan. Sebaliknya, manusia kerdil & jumud adalah manusia yang gelisah dengan adanya halangan, kepahitan & kegagalan. Allah Azza wa Jalla berfirman lagi yang bermaksud:

" Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar " (Al-Baqarah:155)


Dua jenis manusia

Ingatlah saudaraku semua, ada 2 kelompok manusia dalam hal mereka menghadapi kegagalan:

1. Manusia yang selalu tersenyum dalam keadaan apa pun, termasuk ketika dihinggapi kegagalan. Kerana menangis, meratap, apalagi melempiaskan dengan cara merosak tidak akan menciptakan keberhasilan, kecuali hanya akan melipat gandakan kesedihan yang sudah terjadi.

Allah Azza wa Jalla berfirman yang bermaksud:

" Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu " (Al-Fushilat:30)

2. Manusia yang dalam menghadapi kegagalan akan sangat reaktif, emosional, seakan-akan dunia sudah kiamat saat itu juga. Dia merasa jika kegagalan tidak segera dipamerkan dengan kekesalan, amukan atau makian, maka selamanya dia akan merasa menyesal seperti tiada harapan lagi di esok hari.

Allah Azza wa Jalla berfirmanyang bermaksud:

" Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)? " (Al-Munafiqun:4)


Kemampuan

Berbahagialah ketika selama hidupnya manusia selalu dihadapkan dengan halangan. Kerana, janji Tuhan, Dia tidak akan memberikan kesulitan di luar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kesulitan hidup, pahitnya hidup sepatutnya menjadi sarana menuju martabat yang lebih tinggi. Hanya dengan "mendaki" lebih tinggi dan lebih tinggi lagilah, manusia akan mampu memahami hakikat kehidupan yang luas ini.smiley-laughing

Allah Azza wa Jalla berfirman lagi yang bermaksud:

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. " (Al-Baqarah:286)


Dua Jalan

Nah, sekarang sudah terbentang 2 jalan di hadapan kita. Jalan manakah yang menuju kembali kepada-Nya dan jalan manakah yang akan membawa kita jauh dari-Nya? Ia adalah pilihan kita.

Allah Azza wa Jalla berfirman yang bermaksud:

" maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya "

" sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, "

" dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Asy-Syams:8-10)

Optimislah!!
waAllahua'lam..


~kuretomey~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...