terima kasih....satu ungkapan yang mudah, namun payah untuk dilaksanakan..hati boleh menjadi lembut dengan kata-kata keramat ini, dan hati juga boleh menjadi keras dan bernanah kerananya juga....mengapa saya berkata sedemikian???
bayangkan bagaimana perasaan anda apabila diberikan ucapan atau kata-kata 'terima kasih' selepas diminta melakukan sesuatu???? dan bagaimana pula jika apa yang dilakukan atau diminta bantuan anda untuk melakukannya dibalas dengan herdikan, cacian, makian (same je sume nih)???? pandai-pandai la fikir dan rasai..
bukan susah sangat pun nak ucapkan kata-kata yang ringkas tapi penuh dengan ke'padat'an maknanya....ucapan in merupakan sekecil-kecil penghargaan dari kita kepada semua makhluk..hatta kepada tumbuhan dan haiwan...jangan sangka 'mereka' tidak mendengar dan memahami pertuturan kita terhadap mereka...adakalanya, haiwan lebih pandai dan bijak mengungkapkan rasa terima kasih kepada yang berbuat kebaikan terhadap dirinya berbanding manusia....adakah kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, yang seharusnya lebih bijaksana berbanding haiwan ini tidak mampu mengungkapkan kata-kata 'terima kasih' ini??? ataupun sekadar menzahirkannya??? alngkah ruginya jika manusia itu bersikap sebegini...
oleh itu, tanamkanlah dalam diri agar mempunyai sifat berterima kasih dan saling menghargai antara sesama insan walaupun kebaikan yang dilakukan itu hanyalah secebis zarah...moga ganjaran di atas kelakuan / sifat ini, dapat membantu dalam berat timbangan amal kita untuk kita ke syurga..Insyaallah...
special thankz to all my friends, buat semua yang terlibat dalam kanvas hidup ini, guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik diri ini, kedua ibubapaku, keluarga dan sanak saudara serta seluruh masyarakat sama ada Islam mahupun yang bukan Islam....terima kasih kerana menerima kehadiran diri dalam dunia ini....
(^_^)
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment