Tuesday, September 28, 2010

cinta itu di hati


Cinta adalah fitrah hati
Lahir tanpa diminta dan dipaksa
Namun Tuhan sentiasa menguji
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cinta yang di hati
Itu cinta hakiki dan murni
Jangan cinta hanya nafsu
Itu cinta palsu yang melulu

Betapa bahagia cintakan Tuhan
Bagai bunga yang mewangi kehidupan
Tiada waktu dan jarak memisah
Kembara rasa tidak bernokhtah

Betapa derita korban percintaan
Bila nafsu menjadi taruhan
Jiwa gelisah bila terpisah
Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah cinta  sesiapa sahaja
Asal wadahnya cinta Allah
Hati tidak resah
Jiwa tak akan gelisah
Jauh terhubung rindu
Dekat terikat padu


~kuretomey~

Monday, September 27, 2010

Aku salah Aku

Menjadi lumrah kehidupan manusia bahawa mereka akan bertelingkah dan menyalahkan sesama sendiri. Namun begitu, terdetikkah di hati kita bahawa pada suatu hari nanti, manusia akan bertelingkah dan menyalahkan batang tubuh mereka sendiri? Sudah tentu kenyataan ini nampak aneh bunyinya. Akan tetapi tanpa kita sedari,terdapat beberapa firman Allah s.w.t dan hadis baginda s.a.w yang menyatakan hal ini.

Firman Allah; “ Pada hari ini( hari kiamat ),kami tutup mulut mereka dan kami izinkan kedua-dua tangan mereka dan kaki mereka akan menjadi saksi terhadap apa yang mereka lakukan. ” ( Surah Yasin : 65 )

Manakala di dalam surah an Nur, Allah berfirman; “ Pada hari ( ketika ) lidah, kedua-dua tangan mereka dan kaki-kaki mereka menjadi saksi ke atas setiap yang mereka lakukan.”   ( Surah an-Nur:24 )

Kedua-dua ayat di atas merupakan bukti perbicaraan agung yang akan diadakan di Mahkamah Tinggi Akhirat yang akan dihakimi oleh Allah Rabbul Jalil. Hakim yang Maha adil. Tiada terkecuali dari pengetahuan-Nya walau sekerdip dari pandangan mata.

Pada hari itu juga, semua anggota yang ada pada tubuh badan mereka seperti tangan, kaki dan mulut mereka menjadi saksi atas semua perlakuan mereka sewaktu hidup di muka bumi Allah. Lidah akan memberitahu kepada Allah bahawa tuannya selalu menuturkan ucapan yang kotor, berdusta, mengumpat dan menyebarkan fitnah. Tidak cukup dengan itu, datang pula tangan memberitahu kepada Allah apa yang diperlakukan tuannya dengan nikmat itu. Kemudian kaki mengambil peranan menjadi saksi di hadapan Allah.

Cuba bayangkan apabila semua anggota tubuh kita menjadi saksi di akhirat kelak. Mereka akan mendedahkan semua perbuatan kita di hadapan Allah. Perbicaraan yang menjadi tontonan semua manusia semenjak zaman nabi Adam a.s. Bayangkan, ibu bapa kita, kawan-kawan kita dan semua orang akan mengetahui semua perbuatan kita. Mungkin di dunia ini, kita masih boleh berdalih dan bersembunyi apabila melakukan sesuatu kejahatan. Namun, pada hari itu tidak ada dalih lagi, semuanya akan didedahkan.

Sahabat sekalian, jom kita semua bermuhasabah sejenak. Sepanjang hidup di dunia ini, apa yang telah kita buat. Lidah, tangan, telinga, kaki dan semua anggota pada tubuh kita. Ingatlah, semua ini akan menjadi saksi kepada kita di akhirat kelak. Anggota tubuh tidak akan khianat kepada diri sendiri, mereka akan bersikap jujur di hadapan Allah s.w.t. Kejujuran mereka itu hanya akan memberi keuntungan kepada orang yang mengerjakan amal soleh. Sebaliknya, bagi kita yang mengerjakan kejahatan, kita bukan sahaja tidak mendapat manfaat daripada anggota tubuh kita sendiri. Bahkan kitaakan mendapat balasan azab seksa daripada Allah s.w.t.

Tidak timbul soal khianat atau kasihan kepada diri kerana anggota tubuh kita akan bercakap benar walaupun terpaksa memecahkan tembelang di hadapan Allah. Orang yang merasa malang terhadap pengakuan anggota tubuhnya sendiri hanyalah ahli maksiat yang banyak dosa. Justeru, kita menyumpah dan mengherdik tubuh kita sendiri dengan berkata:

“ Pergi jahanam wahai anggota yang tidak mengenang budi. Aku bekerja keras memerah keringat untuk mendapatkan rezeki untuk memelihara anggota tubuh supaya menjadi segar, sihat dan tidak dihidapi sebarang penyakit. Inikah balasanmu setelah segala kebaikan kulakukan untuk menjagamu? ”

Sesungguhnya tiada yang boleh dimarahi melainkan diri kita sendiri. Semoga apa yang disampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar serta muhasabah untuk diri saya sendiri terutamanya dan semua umat Islam

Barakallahu fikum alaih

~kuretomey~

Kenduri kahwin yang diajurkan Islam

Perkahwinan!!! sesuatu yang mungkin dihadapi dan diimpikan oleh setiap orang. Saya kata mungkin sebab tidak semua orang kahwin, maybe sebab xde jodoh kot..hahaha...Tapi perkahwinan yang bagaimana sebenarnya dituntut dalam Islam?? Adakah perlu se 'grand' perkahwinan anak SM Nasimudin, pengasas NAZA group tu??? Ataupun menjadi wedding of the year macam Erra dengan Yusry dulu??? Perlukah??

video

Tengok dan nilai la sendiri. Saya tak nak la nak kata apa. Memang la mereka mampu, tapi bagaimana pulak kesan akibat dari apa yang mereka lakukan ini kepada orang lain yang melihat?? Pengaruh yang kuat akan mendorong orang bawahan ni ikut cara mereka...Siapa yang tidak mengidamkan atau menyimpan impian perkahwinan yang sebegini mewah...huuu...orang gila je kot..
Dalam rakaman video yang bertajuk Wedding of Fairy Tale ni (nama yang diorang bagi la, maybe sebab ikut tajuk lagu nih kot..huu), memang tip top lah..tapi, banyak sangat perkara yang saya tak berkenan dan agak jelik juga melihatnya. Antaranya :

Banyak pengaruh Greek, Mesir purba dan adat perkahwinan Kristian
Banyak unsur-unsur yang bercanggah dengan cara perkahwinan dalam Islam. Mereka mengaku Islam tapi tak buat apa yang Islam anjurkan..Pelik kan??
dan macam-macam lagilah...

Kenduri kahwin yang dianjurkan dalam Islam adalah untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa seseorang itu telah bernikah. Hal ini bertujuan mengelakkan buruk sangka dan umpatan jika orang disekeliling tidak tahu.

Di dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W telah menyuruh kita mewar-warkan pernikahan yang telah berlangsung, Berdasarkan beberapa hadis Nabi S.A.W dapatlah disimpulkan bahawa mewar-warkan pernikahan itu terjadi dengan tiga cara :

1) Kenduri : iaitu menjemput orang ramai makan makanan yang telah dimasak dan digulaikan. Sebaik-baik kenduri adalah dengan daging kambing. Sesungguhnya Nabi S.A.W  mengadakan kenduri dengan tepung dan tamar ketika bernikah dengan Sofiyyah R.A. Begitu juga ketika bernikah dengan Zainab binti Jahsi R.A, Baginda mengadakan kenduri dengan daging kambing. Dalam peristiwa yang lain,  seorang sahabat memberitahu Nabi bahawa dia telah bernikah, lalu Nabi pun menyuruhnya mengadakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.

2) Nyanyian : Disunatkan bernyanyi di dalam majlis kenduri…tetapi lagu yang bagaimana? Lagu yang dibenarkan adalah seperti dalam bentuk syair atau senikata yang tidak ada unsur lucah dan kurang sopan. Lagu itu pula tidak boleh dinyanyikan oleh artis-artis yang profesionnya atau kerja utamanya  ialah menyanyikan lagu lagu yang tak sepatutnya seperti lagu lucah di tempat-tempat lain. Begitu juga lagu yang dinyanyikan itu tidak boleh beriringan dengan alatan muzik yang diharamkan seperti gitar dan biola. Sebaliknya alatan yang dibolehkan adalah seperti tamborin.

3)Tamborin :Dengan memukul tamborin akan menarik perhatian orang lalu dengan sendirinya berita pernikahan seseorang itu akan tersebar. Nabi S.A.W telah mengizinkan kita memukul tamborin pada hari perkahwinan dan hari raya.


Adalah menjadi kewajipan orang islam untuk mengembalikan hukum Islam yang mulia di dalam majlis-majlis perkahwinan yang dianjurkan lalu menjadikan majlis perkahwinan yang islamik itu tertegak tanpa ada unsur -unsur maksiat di dalamnya. Ini bukanlah satu tugas yang mudah. Namun begitu Alhamdulillah dalam masyarakat kita terdapat banyak penyair dan ahli sastera yang mampu menggubah syair yang menarik untuk didendangkan di dalam majlis kenduri kahwin.

Dalam masyarakat Islam yang lain ada juga orang yang menggubah kicauan lagu dan ada juga yang menggubah nada yang berbagai bagai untuk dimainkan dengan tamborin dan seumpamanya. Dengan ini tidaklah sukar untuk kita menyambut majlis perkahwinan yang bertepatan dengan tuntutan syarak. Lalu bebaslah kita semua dari bala yang besar dan penyakit masyarakat yang berbahaya yang telah menular di kebanyakkan negara Islam sehinggakan kita dapat lihat ada di kalangan orang islam itu mengalahkan orang barat dalam mengadakan majlis perkahwinan yang penuh dengan maksiat. majlis seperti ini biasanya diadakan di hotel-hotel dan tempat-tempat hiburan.

Hikmah mewar-warkan perkahwinan ialah :

1) Menyampaikan berita itu kepada masyarakat sekeliling agar tidak berlaku umpatan.
2) Menampakkan nikmat Allah S.W.T ke atas manusia dimana hubungan lelaki dan perempuan yang pada asalnya adalah haram, telah dihalalkan. Begitu juga menjadikan hukum halal kahwin dengan ibu bapa mertua pada asalnya, telah bertukar haram hanya kerana disebabkan ikatan perkahwinan tersebut.

Banyak lagi kalau nak dibincangkan permasalahan yang berkaitan dengan kahwin ni. Cukuplah buat kali ini. Lain kali, Insyaallah jika diberi kesempatan, akan saya coret lagi buat semua..
Barakallahu fikum alaih


~kuretomey~

Kaedah mencari bahagia mengikut Al-Quran & As-Sunnah

Bahagia. Semua orang mahukan kebahagiaan.Tetapi adakah ianya dapat dikecapi dengan sebaiknya oleh semua insan?? Kadangkala kebahagiaan yang diimpikan berbeza mengikut persepsi setiap orang. Jadi, apa kata jika kita melihat kaedah yang terbaik yang sememangnya terbaik di antara yang terbaik dalam semua kaedah iaitu berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.

Beriman dan beramal soleh 
" Siapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." ( Surah al-Nahl : 97 )
Ibn 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik ( berdasarkan ayat ) ialah rezeki yang halal dan baik. Saidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah ( merasa cukup ). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.

Banyak mengingat Allah 
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah: " Ketahuilah dengan mengingat ( berzikir ) kepada Allah akan tenang hati itu. " ( Surah al-Ra'd : 28 )

Bersandar kepada Allah
Dengan cara ini, seseorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman dalam Surah al-Thalaq, ayat 3 yang bermaksud : " Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya. "

Sentiasa mencari peluang berbuat baik
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan megharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati. Firman-Nya yang bermaksud : " Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh untuk bersedekah dan berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barangsiapa melakukan hal itu kerana Allah, nescaya kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang besar. " 

Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam
Berfikir tapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah s.a.w bersabda : " Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu perkara yang engkau tidak sukai, janganlah engkau berkata : " Seandainya aku melakukan ini, nescaya akan begini dan begitu, " akan tetapi katakanlah : " Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan, " kerana sesungguhnya perkataan atau ungkapan ' seandainya', 'kalau' dan yang lebih kurang maknanya itu membuka amalan syaitan. " ( Riwayat Muslim )

Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri
Lihatlah orang yang berada di bawah kita dari segi kehidupan dunia, contohnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan itu kita tidak akan meremhkan nikmat Allah yang telah diberikan-Nya kepada kita. Rasulullah s.a.w bersabda, riwayat al-Bukhari dan Muslim : " Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan melihat ke bawah, maka akan lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu. "

Jangan mengharap ucapan terima kasih daripada manusia
Bila berbuat sesuatu kebaikan, janganlah diharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan dari manusia. Berharaplah hanya kepada-Nya. Kata orang bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada antara hukama berkata, : " Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwanya! ". Firman Allah : " Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih. " ( Surah al-Insan : 9 )

Semoga dengan apa yang saya kongsikan ini menjadi panduan dan peringatan serta muhasabah terutamanya pada diri saya sendiri...

Barakallahu fikum alaih...

~kuretomey~

    Peliknya cinta seorang lelaki

    Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana  hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. 

    Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. 


    Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
     
    Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit
    keterpaksaan.


    Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

    Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

    Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi
    kekasih/isterinya.

    Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

    Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

    Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

    Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.


    Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

    Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

    Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

    Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.



    ~kuretomey~ 

    Sunday, September 26, 2010

    ruang kedua by marsha feat julian cely

    Kau ingin bebas
    Kau ingin lupakan
    Kerna ku tahu dirimu yang terbaik
    Ku ingin dicintai
    Dicintai lagi
    Aku pelajari kisah dukaku ini

    Mampukah kita mula
    Kisah yang tidak sudah
    Yang ada cuma kesal
    Yang kau tinggalkan

    Biarlah ini terjadi
    Ku yakin mengalah
    Ini salahku
    Ku pinta dari mu cintai aku
    Agar aku masih lagi bisa berdiri
    Pertahankan kasih sayangku
    Walau kini hanya tinggal sengsara
    Masih ku rasai bahang cinta kita
    Ku mahu ruang kedua

    Aku hargai saat bahagia
    Cinta antara ku dan dirimu
    Namun ku biar ia berlalu
    Tanpa alasan kau bunuh diriku

    Kisah antara kita
    Tidak mudah ku lupa
    Ku harap kau kembali
    Kembalilah kau di sisi

    Thursday, September 23, 2010

    " ...Aku Sakit by Wali Band... "

    Aku sakit 
    Bila menatap matamu 
    Sadarku bahwa engkau bukan milikku

    Aku sakit
    Bila ku mengagumimu
    Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

     Bangunkan aku dari tidur panjangku
    Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
    Ku salah bila ku berharap padamu
    Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

    Kau tak tau perasaan ku
    Dan ku tak mau kau tau

    Aku sakit
    Jika kau tau hatiku
    Karna diriku tak berarti bagimu

    Aku sakit
    Bilakah kau sembuhkan aku
    Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin

    Tuesday, September 14, 2010

    ~ Cinta & sukA ~

    CINTA 
    di hadapan orang yang kau cintai, musim dingin akan berubah menjadi musim semi yang sangat indah

    SUKA 
    di hadapan orang yang kau sukai, musim dingin tetap tidak berubah cuma suasananya lebih indah sedikit

    CINTA 
    di hadapan orang yang kau cintai,tiba - tiba jantung mu berdebar dengan lebih cepat

    SUKA 
    di hadapan orang yang kau sukai, kau hanya bersa tenang dan gembira sahaja

    CINTA
    apabila kau melihat ke dalam mata orang kau cintai mata mu akan 
    berkaca -kaca

    SUKA
    apabila kau melihat ke dalam mata orang kau sukai, engkau akan tersenyum saja

    CINTA
    di hadapan orang yang kau cintai, kata-kata yang keluar ketika berbicara berasal dari perasaan yang paling dalam

    SUKA 
    di hadapan orang yang kau sukai, kata-kata yang keluar ketika berbicara hanya dari fikiran saja

    CINTA 
    jika orang yang kau cintai menangis kau juga akan turut menangis

    SUKA
    jika orang yang kau sukai menangis kau hanya menghiburkan saja

    CINTA
    perasaan cinta itu bermula dari mata apabila kau cuba mentup matamu dari orang yang kau cintai, cinta itu akan berubah menjadi titidan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukyup lama

    SUKA
    sedangkan perasaan suka hanya bermula dari telinga. Jadi jika kau ingin menghentikan dari menyukai seseorang cukuplah dengan hanya menutup telingamu


    TETAPI
    selain rasa SUKA dan CINTA, ada satu perasaan yang sangat kukuh dan sangat mendalam dalam diri seseorang iaitu perasaan SAYANG.

    SAYANG
    rasa yang tidak mudah hilang secepat rasa cinta dan suka. rasa yang tidak mudah berubah dan perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kau sayangi. mahu menderita demi kebahgiaan orang yang kau sayangi


    CINTA
    ingin memiliki

    SUKA 
    hanya ingin mendampingi

    SAYANG 
    hanya ingin melihat orang yang di sayangi bahagia,walaupun harus kehilangan


    ~kuretomey~

    kisah 1syawal - 4 syawal...

    waduh2....enggak lupe untuk gue ucap selamat hari raya buat semua..hahaha ( bace style abon :p )...

    erm.. ok..1day raye..jeng3x...hahaha :p

    hari ni secara automatiknya aku bangun kol 5.30...( jarang2 dibuat nih)...entah nape bangun awal hari tuh..maybe pasl si kecik yang tido sebelah aku tu da mletakkan kakinya di kepala aku ( ganas budak ni tido )...so..bangun le dengan muka yang segar sesegar ayam yang bangun pagi..hahahaha...

    pastuh dipendekkan cerita, siap semua semayang raye, aku sambung membute dulu smpai jam 11pagi..baru le pastuh g beraye...heee..duit raye???!!! ade la skit...org tue2 tua kate ape " cukup le wat topup korang "... hampeh tol..bengkek je dalam hati..duit minyak nak beraye xkire lagi tu..hehehe ( kodokut nak mampuih aku ni )...

    2nd day raye....
    dok beraye smpai BP...batu pahat. bukan bp petrol station tuh...punye la jauh aku merayau dengan sepupu aku...dapt la 7-8 umah..yang aku kenal 2-3 orang jerk..selebihnye, aku bawak budak g jalan raye...perghhh..die punye jam jangan cakap la mase balik tuh...tensi gile....so..dengan nekadnya..aku melakukan berani mati..habis la sume anak2 kutu dan kuman aku langgar, maka berterbanganlah pasir2 ( maknenye aku rally kat belah pasir la..xikut jalan :p )..bayangkan...bukan jauh pon BP ngan Muar tuh, tapi aku amek mase 2jam nak sampai..bapak aku da membebel2 da dalam tepon tuh...ade la dalam 5 x gak die tepon..pedih je telinga tadah bebelan..sabo yelah..huhu...

    malam tuh pulak ade open house kat umah pak cik aku yang dok dekat sungai abong, muar....heee..makan mee bandung, nugget, kentang, macam2 lagi la..tapi yang menyirapnye..aku dapat makan mee bandung jerk...bala tentera yang sedang2 kecik da menyerang habis makanan..kebetulan masa tu da masuk waktu isyak dan aku melaksanakan tanggungjawab aku..xde rezeki aku..huhuh...pastuh terus le meredah malam balik nogoghi..hehehe

    3rd day raye....
    pagi cam bese la...

    petang bergerak ke perak, tapi singgah klang dulu..umah mak cik aku...sampai perak dalam kol 11.30..he..bertolak dari umh mak cik aku kat klang tuh kol 9..bapak aku bawak separuh jalan sampai kuala selangor..pastuh aku lenjan la pulak..gile kentang.,..xsampai 1jam da sampai teluk intan..mujur bapak aku tido..kalo x mati aku kene pelangkung.:p

    4th day raye...

    nih memang sakan beraya...ulang alik kubur pon boleh tahan...hehehe...insaf kejap aku...(al fatihah untuk semua muslimin dan muslimat)....heee..hari nih settle 8 buah rumah sebelum waktu zohor..huhu...xpress gak...nak kejar mase sebab kene balik nogoghi pulak..huhu..kol 6.30 petang, aku berangkat pulang ke nogoghi..die punya jam...pergh..menyirap jerk...xtahan..setengah jam perjalanan, simpang nak keluar dari teluk intan pon xsampai lagi..huhu...

    maghrib semayang kat masjid sungai besar..aku ternampak roomate aku, tapi aku xnak tego sebab malu..hahaha ( bile plak aku pandai malu2 nih :p )....pastuh aku take over driver...yezzzz...mende yang paling menarik, paling aku suke...walaupun aku ade pengalaman pahit dan ngeri dengan kereta ni, tapi aku still suke bawak laju2..:D...haha..kegemaran aku..gile...150km/jam aku bantai kereta bapak aku..gune jalan dalam lak tuh..bergegar kereta..cam nak tercabut skru..dan semestinya waktu ku drive ni, sume tido...lalalala..hehehe

    tepat jam 9.30 malam, sampai kat  sungai buloh, umah pak cik aku..lepak2 la dulu...tengok cerita momok the movie..haha..yang paling xbley blahnye..mak aku ketawa terkekeh2 akibat  adegan pochong terlanggar pokok dan jatuh pengsan..dekat 5minit mak aku ketawa xhenti2..hahaha...gile..1time aku tengok mak aku heppy cmtuh..hahaha

    pastuh kol 11malam gerak balik umah..singgah makan2 dulu kat warung2 tepi jalan...makan sate, nasi gooreng, nasi lemak, abc special..huuuu..pastuh da penat...sampai le umah...ni aku baru sampai umah la nih..hehehe..k la..da ngantok..time turu (bahasa jawa bermakna tido)...


    ~kuretomey~

    Thursday, September 09, 2010

    raya datang lagi

    bile datang je raya, aku pusing pale, bile pusing pale jer, raya  mesti datang...adoyai..hahaha..
    aku xsuke raye sebab aku nih malas mengemas..faham-faham je la..lelaki...ade mase rajin, ade masenye malas..aku nih dalam kategori yang banyak malas dari yang rajin..sape yang kate aku rajin tuh, memang masalah besar tuh..hahaha

    tapi yang best nye waktu raye ni, macam bese la..bukan si kecik je, hatta si besar sekali pon nak sangat duit raye..sape tak nak duit free an...duit, duit....di mana kau duit..hahaha

    tapi wat kali ke-2 nye tahun nih, family aku beraye tak cukup korum...sorang dok kat mesir da...huhuhu...harap-harapnye tahun depan cukup le..huuu...

    erm..sekarang ni, adik aku ngah rajin mengemas, tapi aku..punye la malas..haha..dok ngadap blog nih..hee..jadi..beransur dulu lah yew...

    take care everyone...

    adios...:)


    ~kuretomey~

    Monday, September 06, 2010

    da 1 Thing.....

    Salam Alaik..salam Ukhwah for all...for the first time since i knew how to chatting and surfing, i interested to blogging....haha...sounds weird right??heeee.. This is my first first trial in bloggiing..so hope you all guys can guide me... :)


    ~kuretomey~
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...