Friday, December 03, 2010

sihat ikut cara Nabi s.a.w

Sihat..satu nikmat yang menjadi idaman setiap manusia...diperlukan saban waktu agar bisa melakukan aktiviti-aktiviti seharian kehidupan..Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur..Semua ini telah dibuktikan secara saintifik melalui pelbagai kajian yang dilakukan oleh sarjana bijak pandai tidak kira dari dunia barat atau dunia Islam.

“Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. ”


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah s.a.w selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat fardhu subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang sangat mendalam antara lainnya :

- limpahan pahala dari Allah

- kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB

- memberi kecerdasan minda, pemikiran dan sihat jiwa



2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah s.a.w sentiasa berpenampilan rapi dan bersih, setiap hari khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi, memaki celak.

“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim)



3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia, terdapat 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam iaitu dengan adanya puasa dalam bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan dan memperbaiki tahap kesihatan terutamanya sistem pencernaan.



4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Sebab itulah kita disarankan berjalan kaki ke masjid lebih afdhal.



5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah” diulangi sebanyak 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad semata-mata, tetapi lebih kepada kesucian dan kesihatan jiwa. Ada beberapa terapi yang tepat untuk menahan marah:

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri, hendaklah duduk, dan bila duduk, hendaklah berbaring
 
- Membaca Ta ‘awwudz, kerana marah itu datangya dari Syaitan
 
- Segeralah berwudhu
 
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati



6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam untuk kelapangan jiwa sehingga sentiasa sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah s.w.t



7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati / emosi, kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Disarankan juga untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, yang mana ianya akan memberikan kepuasan dalaman yang mutlak. 


"Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah…"

~kuretomey~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...