Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah
dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab anda tertekan
memikirkan situasi yang akan anda lalui juga situasi yang telah anda
lalui. Anda stress sebab anda tidak suka dengan perangai seseorang. anda
merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang
yang anda kenali.
Ada beberapa cara bagaimana menangani
stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika anda berada
dalam situasi di mana anda terpaksa berhadapan dengan orang yang anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.
Niatkan anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.
Anda
akan perasan selepas beberapa minit anda memasang niat tu di dalam
hati, dia akan baik-baik saja dengan anda walau hakikatnya anda kurang
senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau
mungkin dia pernah memarahi anda hingga anda merasa kurang enak
berdekatan dengan dia.
Sebagai contoh, jika anda seorang staff bawahan dan anda merasa
kurang senang bila bos anda ada berhampiran dengan anda kemudian anda
pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di
dalam hati anda mahu berbaik-baik saja dengan bos anda, selepas tu
tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.
Minda separa sedar
anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi anda tenang. Bila
anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati
tu akan naik ke minda sedar anda lalu di serap masuk ke dalam minda
separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap
masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika anda tidak
bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.
Bila minda separa sedar sudah faham anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .
Gelombang
ni keluar dari minda anda, terlepas ke persekitaran anda lalu diserap
masuk oleh minda orang-orang di sekeliling anda. Orang yang anda kurang
senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda anda kerana dia berada berhampiran anda.
Gelombang
minda anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun
ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan
mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.
Hatinya
mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan anda walaupun
sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan anda.
Inilah caranya bagaimana anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif
pada orang lain di sekitar anda. Puncanya adalah anda,semuanya bermula
dari Anda. Untuk anda nak berbaik-baik dengan orang, anda kena baik
hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.
Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.
Sebelum
tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon
ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan
merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja
tanpa anda sedari.
Allah tidak suka orang yang saling
benci-membenci, kesannya nda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan
mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.
Bila
hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang
di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang
dengan anda "simply" sebab anda ada aura yang menyenangkan.
Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda.
Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.
Jika
anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan
benci dengan anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tak
semena-mena atau kata kasarnya tak tentu pasal.
Dia
tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci,
meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.
Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa anda perlu
belajar bagaimana mengemudi hati.<3<3<3
~kuretomey~
1 comment:
Great. Sekarang dah tahu dah macam mana nak tangani stress bila berdepan dengan orang yang kita tak suka. ^_^
Post a Comment