Sesungguhnya, apa yang berlaku di
Jepun itu adalah satu nasihat. Nasihat untuk kita agar sentiasa yakin
dan percaya, bahawa apa yang kita ada suatu ketika nanti akan musnah
jua. Tragedi terburuk sejak 300 tahun bagi sejarah negara matahari
terbit itu, membuka mata kita supaya tidak terlalu mengejar dunia. Dunia
yang kita cari dan kejar akan musnah sepertimana musnahnya bandar
Sendai dan meletupnya loji tenaga nuklear Fukushima-Daiichi. Maka apakah
yang lebih naik untuk kita melainkan mengambil pengajaran dari apa
yang berlaku - sebenarnya ia satu peringatan buat kita semua yang
beria-ria mahukan pusat tenaga nuklear dibina di Malaysia. Mujur,
peringatan telah diberikan kepada warga awal-awal lagi.
Peristiwa
demi peristiwa yang kita baca dan lihat di sekeliling kita -
seolah-olah di atur dan di susun dengan baik. Skrip dan jalan cerita
dunia ini berputar. Dari satu lensa ke lensa yang lain, memperlihatkan
kita perubahan demi perubahan. Keadaan manusia dengan teknologi dan
kemajuan, pembangunan mapan dan era penjanaan reaktor nuklear - kita
semakin matang melihat transformasi dunia kita. Kemajuan yang kita
kecapi tidak ada maknanya, sekiranya kita gagal memahami apa itu
ekonomi. Ekonomi membawa kita kepada perubahan sosio-budaya. Teknologi
membawa kita untuk menjadi lebih moden dan canggih. Akhirnya,
kecanggihan dan kemodenan itu bakal memakan diri kita sendiri.
Kesibukan
kita seharian bekerja-mengejar dunia, ada masa kita berhenti sebentar
untuk merenung..apakah nasib berjuta-juta rakyat Jepun kini yang
diancam radiasi. Bukan sahaja warga Jepun, malah warga dunia turut
terkesan dengan berita kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi itu.
Bahkan kita bakal diancam pelbagai kemungkinan - hujan asid, penyakit
dan barah. Malahan nasib pelajar-pelajar Malaysia tidak diketahui di
Tokyo - apakah bencana tersebut tidak memungkinkan mereka untuk di bawa
pulang. Sebaiknya, para pelajar di Jepun harus terus tinggal untuk
sama-sama membaiki dan membantu negara yang ditimpa musibah.
Semoga
masa akan kembali kepada sediakala. Dan semoga kita dapat memahami
mesej Tuhan pada kita. Semoga kita tidak alpa dan leka dengan kehidupan
yang begitu selesa. Semoga kita menyedari bahawa apa yang kita miliki
boleh ditarik semula. Mujur warga negara selamat dari zon bencana. Namun
ada lagi bencana yang banyak mengorbankan warga kita. Jenayah dan
kemalangan jalanraya sama banyaknya dengan mangsa bencana. Maka,
wajarkah kita merenung sejenak di mana akhir kehidupan kita. Pada duit
yang banyak atau pada kehidupan yang bahagia.
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment