Bersekedudukan sudah menjadi trend dalam kalangan anak-anak muda hari
ini. Tanpa memikirkan agama dan adat ketimuran, tanpa segan silu
golongan ini menjalani kehidupan bagai sepasang suami isteri yang sah.

Hal
ini banyak berlaku di bandar-bandar besar. Mengapa perbuatan keji dan
mungkar ini terjadi? Apakah sudah tiadanya nilai moral anak-anak muda
kita hari ini? Jawapannya ya. Semakin nipis dan hilang adat ketimuran
dalam hati mereka. Sudah tidak menghiraukan lagi tentang halal dan
haram sehingga sanggup tinggal serumah dengan lelaki ataupun wanita
bukan muhrim dan paling menyedihkan perbuatan itu dilakukan oleh muda
mudi Muslim.
Menurut Penceramah bebas, Ustaz Hazlin
Bahrin, anak-anak muda hari ini mudah dibuai dengan keseronokan yang
singkat. Akal dan fikiran terlalu dangkal untuk menilai apa yang baik
dan apa yang buruk. Mereka juga sering tersilap membuat perhitungan dek
kerana hati yang lemah untuk melawan gejolak nafsu yang tidak didorong
ke arah kebaikan.

Tegasnya
lagi, apa yang terjadi hari ini, jelas menunjukkan jiwa anak muda
masih dijajah penjajah iaitu dengan gaya hidup barat. Budaya
bersekedudukan ini adalah budaya barat dan diadaptasi oleh anak muda di
negara ini.
Tanpa mereka menyedari bahawa perbuatan
mereka itu sebenarnya perbuatan yang menghampiri berlakunya penzinaan
iaitu persetubuhan haram yang secara langsung akan merosakan
keharmonian dan kesucian institusi kekeluargaan Islam.
Katanya lagi, segalanya telah diterangkan dengan jelas dalam firman Allah yang menyebut, 'Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada
kerosakan).' –surah al-Isra:32
Faktor Kewangan Bukan Puncanya
Jika
ditanya mengapa perbuatan tidak bermoral ini berleluasa, rata-rata
memberi alasan masalah kewangan dan tidak mampu menyewa sendirian. Itu
alasan yang cetek. Sama sekali faktor kewangan bukanlah puncanya.
Menurut Ustaz Hazlin, penyelesaian kepada masalah kewangan adalah bukan
mencari rumah sewa yang disewa bersama lelaki sebaliknya perlu mencari
pasangan penyewa yang sama jantina. Tetapi sebaliknya berlaku. Sah,
masalah kewangan bukannya sebaliknya masalah sukar mengawal nafsu
menjadi punca utama.
Ibarat orang berkata hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
"Dan
niat tidak pernah menghalalkan cara. Jika niat mahu berjimat cermat,
caranya bukanlah turut menyewa tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Sebaliknya perlu mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang membawa
kepada perbuatan bersekedudukan," tegas beliau lagi.

Sikap tidak ambil kisah dengan
keadaan sebelah menyebelah membuatkan mereka yang menjalankan aktiviti
tidak bermoral ini semakin mudah menjalankan kegiatan mereka. Justeru,
masyarakat hari ini perlu mengambil tahu perihal yang berlaku
disekeliling mereka tetapi tidaklah sehingga mengganggu urusan seharian
mereka.

Selain itu, bersekedudukan ini juga sama juga dengan perbuatan berkhalwat. Terdapat firman Allah yang melarang perbuatan ini. "Dan
mereka yang menjaga kehormatannya (yang menjaga nafsu syahwatnya
daripada perbuatan zina), kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang
mengingini selain daripada yang demikian, (sesiapa yang mengadakan
hubungan dengan yang bukan isterinya atau hambanya) maka merekalah
orang-orang yang melampaui batas." –surah al-mu'minun:5-7-
*p/s: www.iluvislam.com
~kure tomey~
No comments:
Post a Comment