Jika anda seorang pelajar (pelajar universiti, pelajar kolej, pelajar sekolah menengah atau pelajar dewasa) berikut adalah 2 tips bagaimana untuk menjadi pelajar bersyukur. Tips ni berguna untuk menjadikan diri anda seorang pelajar bersemangat.
1. Bersyukur kerana anda diberi peluang menimba ilmu.

anda
belajar di dalam sebuah kelas, ada rakan-rakan lain di dalam kelas itu
dan ada seseorang mengajar di depan anda sebagai seorang lecturer.
Anda tak perlu belajar dari kegagalan hidup. Anda tak perlu
mengharungi kesengsaraan berdepan dugaan untuk mematangkan fikiran
menjalani kehidupan. Anda patut bersyukur!
2. Bersyukur kerana Anda diberi peluang mengubah hidup melalui ilmu.

Syukurilah
hidup anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih susah
hidup mereka daripada anda, syukurilah hidup anda sekarang ni kerana
hidup pula tak menjadi seperti hidup mereka. Anda kerja dalam ‘air-cond’, mereka pula kerja di bawah kepanasan terik mentari.
Syukurilah
hidup anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih senang
hidup mereka daripada hidup anda. Anda patut bersyukur sebab anda
berpeluang untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti.
Lihat ke atas, lihat ke bawah.

Dalam
pada itu ambil pengajaran dari orang yang berada di bawah tahap anda
supaya anda bersyukur hidup anda lebih baik daripada hidup mereka dan
tak sesusah mana seperti hidup mereka.
Allah menjadikan hidup kita semua berbeza-beza, supaya kita menggali hikmah yang tersirat di dalamnya.
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment