Mungkin
Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila
salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.
Memang
benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang
seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai
anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah
ia terus mekar di dalam hati anda.
~kuretomey~
1 comment:
ak rindu kwn ak..haha..
Post a Comment