Bila
matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin
hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah
banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:
1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan
mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.
Dan
apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas,
diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun
yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada.
Yang
paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin
meninggalkan timur. Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah
dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat
dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini
bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur
laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan
Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga
2.4 meter.
Ini menunjukkan negara matahari terbit itu
sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang
pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.
Dan
ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan
sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA. Semoga kisah
Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah
Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru
menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin
tiba.
Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment