Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka
apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang
wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut
adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?
1. Anda kena berani memulakan.
Walaupun
Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah
dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya.
Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk
kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.
2. Gunakan cara non-verbal.
Hari ini, cara meluah
perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka
biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda
boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui
Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil
non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat
cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham
Anda betul-betul suka kat dia.
3. Malu biasanya cuma sementara.
Lelaki
pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila
Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual
dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni
pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin
berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar
menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah
bermulanya cinta seorang teman.
4. Cakap pasal topik umum.
Cari
keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik
umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa
(contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan
filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang
sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka
menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat
misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit
gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu
ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah
galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!
5. Santaikan wajah, santaikan suara.
Ajak
si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan
memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia
pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana
Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau
mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki
sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu
nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main
peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan
jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh
dengar suara Anda.
Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.
~kuretomey~
1 comment:
yep. setuju.
payah dah nk jumpa
perempuan pemalu?
ehm pun payah
huhu
Post a Comment