Saturday, March 26, 2011

Bersekedudukan jalan singkat membina keluarga?

Istilah "tangkap basah" amat popular pada zaman dahulu. Iaitu apabila pasangan lelaki dan perempuan didapati bersekedudukan dalam rumah, dan mereka kemudiannya ditangkap dan terus dikahwinkan.

Namun, kadang-kadang perbuatan pasangan ini dirancang sendiri oleh pasangan itu setelah usaha mereka untuk berkahwin terhalang atas beberapa sebab.

Tetapi pada waktu ini tangkap basah sudah tidak relevan, kalau adapun tangkapan mereka akan dibicarakan dan kemudiannya dihukum. Hal ini kerana golongan ini suka mengambil peluang melakukan maksiat pada saat orang ramai berehat di rumah masing-masing. Malah waktu penduduk tempatan keluar kerja, pasangan ini balik ke rumah sama ada rumah lelaki atau wanita. Di sini mereka bebas sama seperti suami Isteri.

Kebanyakan pasangan terbabit mengambil peluang ini bagi memuaskan nafsu masing-masing walaupun mereka tahu perbuatan itu satu dosa. Dalam fikiran mereka sebanyak manapun dosa mereka, masih ada peluang diampunkan Allah. Jadi, lakukan dosa dahulu nanti bertaubat kemudian.

Mereka sanggup melakukan dosa kerana yakin tidak dapat dikesan oleh penduduk. Mereka ini tidak pernah berniat untuk berkahwin segera malah apabila wanitanya mengandung, lelaki itu akan melarikan diri kecuali setelah dipaksa oleh bapa wanita tersebut. Tidak kurang juga yang bertindak menggugurkan kandungan sebelum kandungan itu membesar.


Larangan berkhalwat

Persoalannya mengapa mereka sanggup melakukan itu semua sedang mereka tahu perbuatan dilarang oleh Islam. Rasulullah s.a.w. dalam hadis daripada Ukbah bin Amir menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Mungkin mereka tidak tahu mengapa Rasulullah melarang lelaki berkhalwat dengan wanita. Mungkin pada mereka larangan itu menyekat kebebasan hak asasi mereka. Sebab itu ada yang berkata, pertemuan itu hanya sekadar bualan biasa, tidak lebih daripada itu. Tetapi sebenarnya Rasulullah sendiri sudah memberi jawapan yang jelas, iaitu tatkala mereka berdua-duaan akan ada syaitan antara keduanya.

Maknanya apa? Syaitan yang sifatnya suka menggoda, akan meniupkan rangsangan seks wanita dan kemudiannya lelaki. Jika rangsangan syaitan itu lambat laun akan berhasil dan ketika itu pasti berlaku perzinaan. Tetapi jika antara mereka ada orang ketiga tentu pasangan itu akan berasa malu untuk melakukan zina. Oleh sebab itu bagi menyelamatkan keadaan Rasulullah menyarankan pasangan itu berteman orang yang
ketiga seperti sabdanya yang bermaksud:

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/ kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk bukuFiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).

Sebenarnya larangan berdua-duaan di tempat yang mencurigakan dan sebaliknya digalakkan bertiga dalam sesuatu pertemuan adalah untuk merealisasikan perintah Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah al-Israa' :32)

Jelas dalam ayat di atas Allah tidak melarang berzina secara langsung tetapi melarang umat Islam menghampir perbuatan zina. Bayangkan kalau menghampiri zina tidak berlaku, bolehkah berlaku perzinaan. Sudah pasti tidak berlaku zina. Jadi, larangan menghampiri zina itu merujuk kepada larangan berkhalwat, pergaulan bebas dan seumpamanya.


Undang-undang Jenayah Syariah

Umat Islam yang memahami perintah Allah dalam al-Quran dan larangan Rasul dalam hadis di atas, pasti tidak tergamak untuk melakukan dosa khalwat. Malah dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, kesalahan khalwat dijelaskan bahawa; lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama seorang atau lebih yang bukan mahramnya di mana-mana tempat terselindung dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Manakala hukuman kesalahan jenayah khalwat ini diperuntukkan dalam undang-undang jenayah syariah pada Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, bila sabit kesalahannya, dendanya tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Melihat kepada perkembangan terkini, ternyata umat Islam belum terdidik dengan perintah Allah dan larangan Rasulullah. Malah tidak gentar dengan peruntukan undang-undang Syariah di atas. Apakah umat Islam kini rela dihukum? Atau apakah sikap masyarakat Islam kini seperti mencabar peruntukan undang-undang itu?
Umat Islam tidak takut dengan ancaman undang-undang itu kerana pada mereka kalau kena denda, tidak sukar untuk membayarnya. Dan kalau kena penjara, tidaklah lama bahkan akan dihidangkan dengan makanan yang terkawal lagi baik.

Jelas, penjenayah ini bukan sahaja tidak takut kepada undang-undang dan hukumannya malah tidak takut kepada Allah dan hukuman-Nya. Mereka juga tidak malu kepada Rasulullah dan jiran-jirannya. Ya, kalau begitu keadaannya, boleh jadi mereka ini tidak pernah sujud menyembah Allah.


Kenapa wanita dan lelaki ambil jalan pintas?

Menyedari keadaan ini, suka saya mengingatkan wanita yang terlibat juga mereka yang berniat untuk terlibat dalam aktiviti khalwat, hargailah diri anda. Tubuh wanita adalah ciptaan Allah yang termahal, maka tidak wajar diberikan percuma kepada seseorang lelaki. Ya, wajarkah barang yang mahal milik anda diberikan kepada seseorang begitu sahaja? Tentu tidakkan?

Sebenarnya dalam kes khalwat ini, wanita tersebut telah menggadaikan maruahnya kepada lelaki tanpa mendapat apa-apa manfaat kecuali mengandung anak luar nikah. Tetapi tahukah anda, seorang lelaki dalam keadaan ini boleh menyelamatkan diri dan meninggalkan anda bersama kandungan yang memalukan.
Jadi, apa faedahnya wanita menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan sementara. Sebenarnya walaupun wanita itu tidak mengandung anak luar nikah,hati wanita itu tetap menderita dan hidup dalam keadaan ketakutan. Walaupun secara zahirnya mereka rasa seronok melakukan dosa dan maksiat tetapi hakikatnya hati mereka diburu rasa takut.

Percayalah ketika melakukan melakukan kesalahan itu, hati mereka sentiasa rasa bersalah pada orang kampung dan mereka takut kalau dikesan oleh mereka. Mereka juga takut kalau-kalau ditangkap pihak berkuasa agama. Pada masa yang sama, mereka takut kalau-kalau diketahui ibu bapa masing-masing.

Bayangkan kalau setiap hari mereka dalam keadaan itu, di manakah kebahagiaan mereka. Kenapa memilih kebahagiaan sementara sedangkan kebahagiaan sebenar boleh diperoleh dengan berkahwin? Tetapi bagaimana kalau wanita itu mengandung anak luar nikah, di mana hendak disimpankan rasa malu kepada jiran, keluarga terutama ibu bapa.

Sesungguhnya ibu bapa dalam keadaan ini akan lebih terasa malu jika anak yang dididiknya sehingga dewasa mencemarkan nama baik mereka. Malah akan terlebih malu kalau anaknya dibiarkan mengandung tanpa suami. Tetapi bolehkah si anak itu membayangkan akan kesedihan dan kekecewaan ibu bapanya?
Percayalah kalau semua ini dapat dirasakan oleh wanita sebelum atau semasa hendak melakukan dosa dan maksiat itu, pasti kenikmatan sementara itu boleh ditinggalkan dengan senang hati. Apatah lagi kalau dia rasa takut kepada Allah dan hukuman yang bakal diterima nanti.


Umat Islam mesti mencegah

Gejala bersekedudukan atau khalwat ini boleh dibasmi dalam sesuatu komuniti jika semua pihak dapat berintak sebagai pencegah. Di sini, masyarakat tempatan perlu peka dengan jiran mereka dan mengenal pasti siapa jiran mereka itu. Seseorang yang baik akan mengambil tahu status jirannya supaya dengan itu dapat mengesan mana jiran yang melakukan dosa dan maksiat sama ada pada waktu malam atau siang.

Perhatian jiran ini akan menjadikan lelaki dan perempuan yang berniat untuk melakukan dosa dan maksiat terhalang. Hal ini kerana sikap masyarakat setempat itu telah menjadi mata dan telinga masjid dan kerajaan.
Oleh sebab itu ibu bapa perlulah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka sama ada lelaki mahu perempuan agar menjauhi dosa dan maksiat. Ingatkan anak perempuan bahawa sentuhan lelaki boleh menyebabkan mereka mengandung. Ingatkan juga, jika mereka mengandung bukan sahaja dia akan malu tetapi ibu bapa juga malu. Dan ingatkan juga anak lelaki jika mereka merosakan maruah wanita, hakikatnya dia telah merosakkan maruah ibu bapanya sendiri.


Inilah asas didikan iman yang boleh diberikan kepada anak-anak. Jiwa mereka perlu disuburkan dengan rasa takut kepada Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Jika semua ini dapat direalisasikan diri diri semua umat Islam pasti mereka akan menjaga maruah masing-masing.

Ketika itu umat Islam akan berada dalam masyarakat harmoni, yang tidak diselubungi gejala maksiat. Kalau di rumah boleh rasa bahagia, dalam masyarakat juga boleh rasa bahagia, dan pastinya dalam negara turut rasa bahagia.

 ~kure tomey~

Friday, March 25, 2011

Niat tak pernah menghalalkan cara

Bersekedudukan sudah menjadi trend dalam kalangan anak-anak muda hari ini. Tanpa memikirkan agama dan adat ketimuran, tanpa segan silu golongan ini menjalani kehidupan bagai sepasang suami isteri yang sah.

Walaupun di sisi agama dan undang-undang mereka ini melakukan kesalahan tetapi disebabkan tiadanya rasa malu pada Si Pencipta, tanpa segan silu perbuatan yang diteruskan dengan tidak pernah ada rasa berdosa.

Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar. Mengapa perbuatan keji dan mungkar ini terjadi? Apakah sudah tiadanya nilai moral anak-anak muda kita hari ini? Jawapannya ya. Semakin nipis dan hilang adat ketimuran dalam hati mereka. Sudah tidak menghiraukan lagi tentang halal dan haram sehingga sanggup tinggal serumah dengan lelaki ataupun wanita bukan muhrim dan paling menyedihkan perbuatan itu dilakukan oleh muda mudi Muslim.

Menurut Penceramah bebas, Ustaz Hazlin Bahrin, anak-anak muda hari ini mudah dibuai dengan keseronokan yang singkat. Akal dan fikiran terlalu dangkal untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Mereka juga sering tersilap membuat perhitungan dek kerana hati yang lemah untuk melawan gejolak nafsu yang tidak didorong ke arah kebaikan.

Ini antara faktor utama mengapa isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku ke atas anak-anak muda Muslim hari ini. Seharusnya akal yang sempurna itu digunakan untuk menilai setiap akibat daripada perbuatan sendiri.
Tegasnya lagi, apa yang terjadi hari ini, jelas menunjukkan jiwa anak muda masih dijajah penjajah iaitu dengan gaya hidup barat. Budaya bersekedudukan ini adalah budaya barat dan diadaptasi oleh anak muda di negara ini.

Tanpa mereka menyedari bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya perbuatan yang menghampiri berlakunya penzinaan iaitu persetubuhan haram yang secara langsung akan merosakan keharmonian dan kesucian institusi kekeluargaan Islam.

Katanya lagi, segalanya telah diterangkan dengan jelas dalam firman Allah yang menyebut, 'Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).' –surah al-Isra:32


Faktor Kewangan Bukan Puncanya

Jika ditanya mengapa perbuatan tidak bermoral ini berleluasa, rata-rata memberi alasan masalah kewangan dan tidak mampu menyewa sendirian. Itu alasan yang cetek. Sama sekali faktor kewangan bukanlah puncanya. Menurut Ustaz Hazlin, penyelesaian kepada masalah kewangan adalah bukan mencari rumah sewa yang disewa bersama lelaki sebaliknya perlu mencari pasangan penyewa yang sama jantina. Tetapi sebaliknya berlaku. Sah, masalah kewangan bukannya sebaliknya masalah sukar mengawal nafsu menjadi punca utama.

Ibarat orang berkata hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

"Dan niat tidak pernah menghalalkan cara. Jika niat mahu berjimat cermat, caranya bukanlah turut menyewa tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sebaliknya perlu mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang membawa kepada perbuatan bersekedudukan," tegas beliau lagi.

Tambahnya lagi, faktor utama mendorong berlakunya bersekedudukan ialah kerana kurangnya didikan agama dalam jiwa anak-anak hari ini. Perkara yang salah perlu dilihat dengan mata kebenaran. Dan faktaor yang menambahkan lagi berleluasanya perkara ini ialah kerana semangat kejiranan hari ini yang semakin pudar.
 
Sikap tidak ambil kisah dengan keadaan sebelah menyebelah membuatkan mereka yang menjalankan aktiviti tidak bermoral ini semakin mudah menjalankan kegiatan mereka. Justeru, masyarakat hari ini perlu mengambil tahu perihal yang berlaku disekeliling mereka tetapi tidaklah sehingga mengganggu urusan seharian mereka.

"Tanpa disedari perbuatan bersekedudukan ini antara perbuatan yang menghampiri zina yang telah terang lagi nyata akan balasan dan dosanya. Dan tidak ada satu agama pun yang mengizinkan berlakunya penzinaan ini. Ini sepatutnya sudah menjadi pegangan anak-anak muda hari ini," jelasnya lagi.

Selain itu, bersekedudukan ini juga sama juga dengan perbuatan berkhalwat. Terdapat firman Allah yang melarang perbuatan ini. "Dan mereka yang menjaga kehormatannya (yang menjaga nafsu syahwatnya daripada perbuatan zina), kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, (sesiapa yang mengadakan hubungan dengan yang bukan isterinya atau hambanya) maka merekalah orang-orang yang melampaui batas." –surah al-mu'minun:5-7-

*p/s: www.iluvislam.com

~kure tomey~

Wednesday, March 23, 2011

loVe vS friEndShip

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

~kuretomey~

cinta

bila cinta adalah nafas
aku ingin hidup seabad

bila cinta adalah keindahan
aku ingin selalu memandangmu

bila cinta adalah luka
aku takkan pernah peduli betapa sakitnya

aku ingin terus mencintaimu
tak pernah peduli seberapapun pahitnya

bila cinta adalah air mata
aku akan tetap tersenyum
agar kamu tahu
aku begitu tulus menyayangimu….. 

~kure tomey~

Tuesday, March 22, 2011

Sebuah keluhan menarik ribuan kenegatifan


Apa jua situasi yang tidak menyenangkan anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati anda, elakkan mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya, anda susah untuk jadi bermotivasi.

Anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.

Elak untuk meluah rasa tidak puas hati. Elak mengeluh pada situsi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang anda keluhkan. Lupakannya. Anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi.

Sebagai contoh, jika anda sedang di landa masalah kewangan, jangan mengeluh kerana anda di landa masalah kewangan. Sebaliknya, fokuskan pada penyelesaian masalah.

Fikirkan apa yang anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah kewangan anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah kewangan anda.

Apa jua yang melanda, elakkan mengeluh..

Sebaliknya, fokuskan fikiran kepada solusi. Minta doa pada Yang Maha Esa, moga DIA kurniakan petunjuk untuk anda menghadapi situasi tersebut. Tuhan tidak menjawap doa-doa kita, mungkin sebab jauh daripadanya, sembahyang kita entah ke mana.

~kure tomey~

Sunday, March 20, 2011

warkah untuk hawa

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah but kedua ibubapamu. Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. Andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar dalam memperjuangkan ad-din Allah.

                                           Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu. Ingatlah wahai Hawa janji Rab kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan
muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, amak lahirnya senyuman yang akan mencetuskan kiriman salam dan seterusnya disusuli dengan pertemuan dan berturutan. Takut akan lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri sekaligus bisa membaham dirimu.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya. Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita iaitu sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memnuhi dan menyinari kekosongan jiwamu. Biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senangmu kerana kau akan memperolehi cita daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta sebuah keluarga.

Jangan biarkan sesekali tangan yang menggoncang dunia menjadi tangan yang menggoncang iman seorang lelaki.


~kuretomey~


Saturday, March 19, 2011

Tips bagaimana melatih diri supaya rajin bersyukur

Bagaimana nak melatih diri supaya rajin bersyukur? Ikuti langkah ini.

Ikhlaskan hati mensyukuri setiap pemberian Tuhan pada anda – tubuh badan, keluarga yang menyayangi Anda, pasangan hidup anda, nafas anda,duit dalam poket anda walau cuma ada RM1 sahaja.

Panjatkan kesyukuran 2 minit setiap pagi selepas bangun tidur dan 2 minit sebelum anda tidur. Pada saat tu, emosi di minda berada pada tahap yang sungguh tenang, menjadikan minda mudah menyerap untuk masuk apa yang anda fikirkan ketika itu.

Minda akan ‘rakam’ segala apa yang ada di hati anda dan di imaginasi anda. Gunakan masa singkat ini untuk mengucap syukur pada Tuhan atas nikmat yang anda ada, yang anda ada hari ini.

Syaratnya, bersyukurlah dengan ikhlas.

Pejam mata, ucapkan syukur lalu rasai kesannya di dalam hati. Jika air mata anda mengalir, itu adalah petanda anda benar-benar bersyukur. Inilah cara bagaimana untuk melatih diri anda menjadi orang rajin bersyukur.



selamat beramal :)

~kuretomey~

2 Tips bagaimana nak menjadi pelajar yang bersyukur

Jika anda seorang pelajar (pelajar universiti, pelajar kolej, pelajar sekolah menengah atau pelajar dewasa) berikut adalah 2 tips bagaimana untuk menjadi pelajar bersyukur. Tips ni berguna untuk menjadikan diri anda seorang pelajar bersemangat.

1. Bersyukur kerana anda diberi peluang menimba ilmu.

Tak semua orang berpeluang belajar di universiti. Kala anda sedang belajar di dalam kelas, pada masa yang sama ada puluhan ribu orang lain di luar sana berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup hingga terpaksa melupakan hasrat untuk belajar (seperti anda) "simply" sebab kurang mampu. Jika anda berpeluang belajar di kolej atau universiti, anda patut bersyukur sebab Allah beri anda peluang untuk belajar secara formal, bukannya secara tidak formal tanpa ada sijil diploma mahupun ijazah. Sekurang-kurangnya
anda belajar di dalam sebuah kelas, ada rakan-rakan lain di dalam kelas itu dan ada seseorang mengajar di depan anda sebagai seorang lecturer. Anda tak perlu belajar dari kegagalan hidup. Anda tak perlu mengharungi kesengsaraan berdepan dugaan untuk mematangkan fikiran menjalani kehidupan. Anda patut bersyukur!


2. Bersyukur kerana Anda diberi peluang mengubah hidup melalui ilmu.

Ilmu dapat mengubah hidup anda. Dengan kelulusan formal yang anda perolehi dari universiti, kolej atau institut tempat anda belajar, anda berpeluang untuk mendapat kerja yang lebih baik. Pasti dari situ anda dapat taraf gaji yang juga baik. Selepas itu anda boleh mengubah hidup anda – beli rumah, kereta dan berkahwin. anda patut bersyukur kerana anda diberi peluang untuk memperoleh semua itu. Ada puluhan ribu orang hidupnya susah daripada anda. Mereka tak berpeluang menyambung pelajaran seperti anda, kesannya mereka tak bergaji, terpaksa cari makan dengan berniaga dan terpaksa melupakan hasrat untuk hidup senang seperti anda "simply" sebab pendapatan mereka tak menentu.

Syukurilah hidup anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih susah hidup mereka daripada anda, syukurilah hidup anda sekarang ni kerana hidup pula tak menjadi seperti hidup mereka. Anda kerja dalam ‘air-cond’, mereka pula kerja di bawah kepanasan terik mentari.

Syukurilah hidup anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih senang hidup mereka daripada hidup anda. Anda patut bersyukur sebab anda berpeluang untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti.

Lihat ke atas, lihat ke bawah.

Lihat ke atas maksudnya perhatikan orang yang lebih berjaya daripada anda supaya anda terinspirasi untuk berjaya seperti mereka.

Dalam pada itu ambil pengajaran dari orang yang berada di bawah tahap anda supaya anda bersyukur hidup anda lebih baik daripada hidup mereka dan tak sesusah mana seperti hidup mereka.

Allah menjadikan hidup kita semua berbeza-beza, supaya kita menggali hikmah yang tersirat di dalamnya.

~kuretomey~

Thursday, March 17, 2011

attention = peringatan = renungkan = ambil tindakan !!!!!!!!!

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:



1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan 
      mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada.

Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur. Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA. Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba.

Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat

~kuretomey~

bagaimana untuk bergaul dengan orang yang anda tak puas hati, yang anda kurang senang, yang anda benci dan yang sewaktu dengannya


Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab anda tertekan memikirkan situasi yang akan anda lalui juga situasi yang telah anda lalui. Anda stress sebab anda tidak suka dengan perangai seseorang. anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika anda berada dalam situasi di mana anda terpaksa berhadapan dengan orang yang anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan anda walau hakikatnya anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi anda hingga anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika anda seorang staff bawahan dan anda merasa kurang senang bila bos anda ada berhampiran dengan anda kemudian anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati anda mahu berbaik-baik saja dengan bos anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi anda tenang. Bila anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.

Bila minda separa sedar sudah faham anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang ni keluar dari minda anda, terlepas ke persekitaran anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling anda. Orang yang anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda anda kerana dia berada berhampiran anda.

Gelombang minda anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.
Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan anda.

Inilah caranya bagaimana anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar anda. Puncanya adalah anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk anda nak berbaik-baik dengan orang, anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.

Allah tidak suka orang yang saling benci-membenci, kesannya nda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda.

Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda "simply" sebab anda ada aura yang menyenangkan.
Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda.

Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.

Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tak semena-mena atau kata kasarnya tak tentu pasal.

Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.

Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa anda perlu
belajar bagaimana mengemudi hati.<3<3<3

~kuretomey~

makna cinta pada Allah

 

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaan-Nya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cinta-Nya juga untuk mendapat rahmat-Nya supaya hidup anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma "simply" sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI anda.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta anda padanya.

Untuk apa anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang anda, supaya anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, anda rasa cukup puas hati.

Bila anda menolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang anda tolong itu gembira dalam menjalani kehidupannya. anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang anda lakukan lantas melihat anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.


Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki anda dimurahkan, hidup anda dibahagiakan, urusan anda dipermudahkan, masalah anda dikurangkan, pergaulan anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.


~kuretomey~

cara bagaimana mengatasi stress melalui fikiran

Fikiran Anda cepat menjangkit ke fikiran orang lain.

Begitu juga dengan orang lain ni. Fikiran mereka boleh menjangkiti fikiran anda. Untuk anda menangani stress dan menangani perasaan tertekan, cara paling senang adalah dekatkan diri dengan orang-orang berfikiran positif.

Kenapa? Fikiran positif orang yang anda dekati tu akan menjangkiti fikiran anda. Solusi terbaik, anda kena ada pasangan hidup yang berfikiran positif supaya anda jadi positif sentiasa.

Cara kedua, dekatkan diri sedekat mungkin dengan orang yang sentiasa bersyukur. Sebab, orang yang sentiasa bersyukur ni hatinya dipenuhi bunga-bunga kegembiraan.

Dia bersyukur dengan apa yang dia ada, justeru dia gembira mensyukuri semua apa yang Tuhan bagi kat dia – contohnya anggota badan, ahli keluarga, kerjaya, rumah, kereta, laptop, kawan dan duit walaupun jumlahnya RM10 saja.

Itulah dia dua cara bagaimana nak mengatasi stress melalui fikiran.

Jika anda lawan stress, anda akan dapat lebih banyak stress. Terbalikkan. Binalah kegembiraan dan binalah kepositifan supaya anda dapat kecilkan impak stress terhadap diri anda.



 *p/s : aku suggest an untuk korang bace..:)

~kuretomey~

4 tips bagaimana berdepan dengan lelaki pemalu

Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?


1. Anda kena berani memulakan.

Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.



                                           2. Gunakan cara non-verbal.

Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.


3. Malu biasanya cuma sementara.

Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.


4. Cakap pasal topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!


5. Santaikan wajah, santaikan suara.

Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.



Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.

~kuretomey~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...