Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Moga kalian semua sentiasa berada dalam lingkungan dan lindungan rahmat dari-Nya..agak lama blog ini tidak dijenguk kerana kekangan yang tak dapat dielakkan dan sebab utamanya adalah...heee. Faham-faham je la ye kalau duduk universiti ini tapi tetap juga ku bersyukur seadanya dengan nikmat yang telah diberikan ini. Alhamdulillah.
KASIH!!!!
Satu perkataan yang mampu menggegarkan hati & minda semua manusia. Tanpa kasih, akan gelaplah sirna dunia. Tanpa kasih Ilahi, tak mungkin diri ini kan bernafas lagi di bumi-Nya. Tanpa kasih ibu, takkan kita hidup dengan selesanya di dunia. Tanpa kasih ayah, takkan kita berjaya membeli pelbagai kehendak tanpa usahanya. Tanpa kasih sahabat, takkan kita dapat perbaiki diri ke arah lebih maju & baik dari yang sebelumnya. Erti kata, tanpa kasih, tiadalah keamanan dalam dunia ini..
Tapi sering kita lihat, bagaimana kasih manusia itu terkadang melebihi kasihnya kita kepada yang Maha Pencipta tanpa kita sedari. Ingatlah!! Kasih manusia ada pasang surutnya, kasih Maha Pencipta tiada penghujungnya. Kasihkan makhluk, kan tetap pergi meninggalkan kita jua di akhirnya, kasihkan Ilahi, kekal hingga ke syurga.
Tanya diri, tanya sanubari. Adakah diri ini mencintai DIA lebih dari segalanya???? Sendiri tanya sendiri jawab.
Dilihat pula pada pasangan yang asyik bercinta. Nak kata dah ada ikatan sah, belum lagi. Bila ditanya, jawapannya pelbagai. Ada yang kata " Saya ada plan nak kahwin dengan si dia", " Kan Allah jadikan fitrah manusia untuk saling sayang menyayangi??", " alah, tak rock ah bro takde pakwe/makwe. zaman moden sekarang ni..." & pelbagai lagilah yang tak sempat nak ditulis.
Akhirnya yang akan tercetus dalam minda dan hati sanubari ini, " Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni. Sekarang pun dah macam-macam, bagaimana pulak ketika waktu dan zaman keturunan aku nanti? "
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment