Tanpa disedari kita menjadi pengkhianat,
Pengkhianat kepada nikmat & rahmat Ilahi,
Kita mengkhianati masa lapang di dunia tetapi memohon dilanjutkan masa untuk beramal apabila di akhirat,
Kita mengkhianati kesihatan dengan tidak menggunakannya untuk beribadah mahupun berkhidmat untuk Allah tetapi kita memohon Allah menyembuhkan kita agar kita dapat sihat dan beribadah untuk-Nya, Allah makbulkan doa kita namun berapa ramai di antara kita yang masih mengingati janji setia kita tatkala sakit menimpa?
Yakinlah bahawa banyak lagi yang telah kita khianati namun masih belum terlambat andai masih sempat membaca pesanan ini - untuk diri dan rakan.. Ingatlah kita akan firman Allah ini yang diulang sebanyak 31 kali di dalam surah ar-Rahman (55);
"Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?"
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment