Assalamualaikum w.b,
Apa khabar semua? Moga kalian sihat hendaknya di samping apa yang dilakukan. Moga nikmat Islam sentiasa menjadi kesyukuran kita seharian dalam menjalani kehidupan. Insyaallah.
Pejam celik, pejam celik, akhirnya genap sebulan (kiraan ikut bulan) berada di bumi Pulau Mutiara ini. Alhamdulillah, berkat dan rahmat Allah, aku berjaya hadapi kehidupan di sini tanpa ada masalah besar. Masalah besar yang bagaimana aku maksudkan? Duit lah. apa lagi. huhu. Duit ni bukankah suatu perkara yang sangat penting tapi kalau tiada duit, masalah juga kehidupan. :p
Jadi, nak dijadikan cerita, semester ini hanya ada dua kelas sahaja. Alhamdulillah, dipermudahkan. Proposal disertasi pun dah boleh dimulakan dan akan dibentangkan Insyaallah dalam bulan Disember (sempat ke tak siapkan wallahualam tapi mesti sentiasa mahu optimis). So, persediaan memang rasanya tersangat kurang tambahan tajuk yang aku nak buat ni belum pernah diteroka sebaiknya oleh orang-orang lain dan aku menjadi antara pelopor dalam penerokaan. Moga Allah sentiasa menguatkan hati dan keazaman laku ku ini untuk membangunkan Islam. Insyaallah.
Tajuk dah ada, sumber kewangan pula? Alhamdulillah, buat sementara ini aku bekerja sambilan untuk mencari rezeki. Cukuplah sekadar nak bayar yuran asrama dan belanja makan setiap bulan. Yuran pengajian hanya menunggu keputusan Mybrain dan juga inisiatif dengan memohon pinjaman yayasan negeri. Moga Allah permudahkan urusan.
Yang menjadi duri dalam diri aku sekarang hanyalah kerajinan untuk menelaah buku-buku. Ini yang paling susah nak ubah dan kena paksa ubah. You can do it Mohd Syahmi!! (aku ni pemalas sebenarnya. rajin tak tentu masa).
Akhir kata, doa kalian ku pohon moga segala urusanku dipermudahkan dalam usaha memperolehi master ini. Insyaallah.
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment