Solat Subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan
solat Subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat
kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain
manakala umat yang menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang
berhak untuk tegak kukuh di muka bumi.
Pernah salah seorang
pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam
kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai
jumlah jamaah solat Jumaat. (Insya Allah akan menjadi satu kenyataan
dalam masa yang terdekat).
Sabda Rasulullah S.A.W,
"Sesungguhnya solat yang paling berat untuk
orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka
mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan datang
kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak."
(Hadis riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Dari Uthman Bin Affan r.a berkata,
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,
"Barangsiapa yang solat isyak
berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan
barangsiapa solat subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah
melaksanakan solat malam satu malam yang penuh."
(Hadis riwayat Muslim)
Allah S.W.T berfirman :
"Dirikanlah solat dari sesudah
matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat)
Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada
sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah
tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang
terpuji."
(al-Isra' : 78 - 79)
~kuretomey~
Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,
Allah S.W.T berfirman :
No comments:
Post a Comment