Fatimah r.ha, puteri baginda Rasulullah S.A.W, isteri kepada Saidina Ali r.a sering melakukan
kerja rumah bersendirian dan berat-berat kerjanya. Disebabkan kasihan
melihat Fatimah r.ha, Saidina Ali r.a telah menyuruh Fatimah r.ha
berjumpa dengan Rasulullah S.A.W bagi memohon mendapatkan seorang
pembantu untuk meringankan tugas dan kerja seharian di rumah. Kebetulan pada waktu itu terdapat banyak tawanan perang (al-asra).
Beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W tetapi ketika itu ramai orang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan santun, beliau tidak berani untuk memohon permintaan tersebut di hadapan khalayak ramai.
Pada keesokan harinya, Rasulullah S.A.W telah datang ke rumah kami dan bersabda; “Wahai Fatimah, apakah yang menyebabkan dikau datang kepadaku kelmarin?”
Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya. Akhirnya Saidina Ali r.a pun berkata; “Wahai Rasulullah S.A.W, Fatimah telah ditumbuhi ketulan di atas tangannya dan parut-parut di atas dadanya disebabkan oleh beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain pekerjaan rumah sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor. Daku menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang pembantu”.
Kemudian Rasulullah S.A.W pun bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.
Fatimah r.ha berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberi sejumlah ganjaran pahala buat para isteri yang berusaha keras tanpa sekelumit pun keluh-kesah terhadap kerja-kerjanya untuk memudahkan urusan keluarga, malah dipandang tinggi dalam Islam.
Amalkan
Tasbih Fatimah dengan istiqamah dan yakin setiap kali sebelum tidur,
Insyaallah akan berasa perbezaan setiap kali bangun tidur.
~kuretomey~
No comments:
Post a Comment