Wednesday, September 26, 2012

Kerjaya: minat atau keperluan



Coretan kali ini saya ingin menyentuh tentang kerjaya. Ramai di kalangan kita keliru ada kalanya antara memilih kerjaya kerana minat atau keperluan. Isu ini dilontarkan supaya yang berada dalam situasi ini mangambilnya sebagai iktibar dan sandaran dalam membuat timbang tara memilih kerjaya. Memetik sebuah kisah seorang sahabat yang hidup dalam sebuah keluarga yang sederhana. Saya akan membahasakan diri sahabat saya itu dengan perkataan "saya" dalam penceritaan ini.
..................................................................................................................................................................
Sebagai anak bongsu dalam adik beradik dan merupakan satu-satunya yang tinggal di Lembah Kelang, maka kediaman saya ini akan menjadi persinggahan dan kediaman bagi rata-rata anak-anak buah yang ingin belajar atau mencari kerja selepas tamat pengajian. Ada yang bekerja di tempat lain atau menjadi pekerja sementara di pejabat saya sebagai latihan kepada mereka untuk menimba pengalaman bekerja. Belasan tahun masa berlalu, maka anak-anak buah yang datang juga silih berganti, dari mereka remaja hingga mereka berumahtangga. Suami pula merupakan seorang yang prihatin, sementelah bergelar anak sulung, mempunyai pengalaman dalam mencari kerja serta amat mengamibl berat terhadap perihal anak-anak buah, adakala suami bertindak selaku 'agen tidak bertauliah' mencari pekerjaan yang sesuai untuk mereka bersandarkan sijil dan pengalaman serta kemahiran mereka. 
Di kalangan mereka juga sudah pasti ada pelbagai kerenah dan sikap yang perlu kami berdua hadapi. Apapun pengalaman ini merupakan satu kepuasan kerana harapan kami apabila anak-anak buah meningkat dewasa   dan mampu berdikari maka giliran mereka pula untuk meneruskan kesinambungan membantu ahli keluarga yang lain. 
Dalam hal memilih pekerjaan, ada juga dikalangan mereka yang tidak membantah, bahkan setia mendengar pendapat dan nasihat. Namun tak kurang juga yang begitu memilih pekerjaan. Biarpun sijil dan kemahiran tidak seberapa namun citarasa mereka terhadap pekerjaan begitu tinggi, dengan itu pelbagai alasan diberi demi menolak segala cadangan dan nasihat. Pada hemat saya, keadaan atau senario serta suasana ekonomi hari ini tidak memungkinkan kita terlalu memilih kerja berdasarkan minat atau sijil yang dimiliki. 
Jika kita menjadi begitu memilih maka sudah pasti banyak peluang kita terlepas. Pekerjaan yang kita pilih pada saat ini perlu dilihat kepada keperluan untuk saraan diri. Mungkin gajinya kecil tetapi ia tidak salah jika kita ingin mengambil peluang tersebut. Kita perhatikan ada ramai yang bermula dari bawah dengan gaji yang minimun namun akhirnya berjaya memiliki pendapatan yang jauh lebih besar selepas itu.
Dalam konteks pemilihan kerjaya ini juga perlu dilihat bukan semata kerana gaji yang diberi atau ditawarkan. Kita perlu juga melihat kepada ilmu dan pengalaman yang bakal kita peroleh. Apabila kita telah menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang tertentu maka peluang kita untuk meraih kerjaya yang hebat dengan gaji yang lumayan itu lebih mudah. Kita akui minat juga penting dalam menentukan pilihan kerjaya, namun pada saya "buat apa yang kita tidak suka untuk mendapat apa yang kita suka" apa salahnya. Dengan kata lain, tidak suka dengan pekerjaan itu namun kita mendapat imbuhan gaji darinya untuk menyara kehidupan itu sudah memadai untuk perimgkat permulaan, yang penting kerja itu halal dan mengikut syariat Islam.
Moga dengan perkongsian rasa ini mampu membuka minda dan mata kita semua agar tidak terlalu memilih dalam mencari sesuatu, penting niatnya adalah untuk membangunkan agama Islam dan rezekinya bersumberkan sumber yang halal.
Wallahuaalam. 
~kuretomey~ 

Sunday, September 16, 2012

fadhilat tasbih fatimah

Fatimah r.ha, puteri baginda Rasulullah S.A.W, isteri kepada Saidina Ali r.a sering melakukan kerja rumah bersendirian dan berat-berat kerjanya. Disebabkan kasihan melihat Fatimah r.ha, Saidina Ali r.a telah menyuruh Fatimah r.ha berjumpa dengan Rasulullah S.A.W bagi memohon mendapatkan seorang pembantu untuk meringankan tugas dan kerja seharian di rumah. Kebetulan pada waktu itu terdapat banyak tawanan perang (al-asra).

Beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W tetapi ketika itu ramai orang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan santun, beliau tidak berani untuk memohon permintaan tersebut di hadapan khalayak ramai.


Pada keesokan harinya, Rasulullah S.A.W telah datang ke rumah kami dan bersabda; “Wahai Fatimah, apakah yang menyebabkan dikau datang kepadaku kelmarin?”


Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya. Akhirnya Saidina Ali r.a pun berkata; “Wahai Rasulullah S.A.W, Fatimah telah ditumbuhi ketulan di atas tangannya dan parut-parut di atas dadanya disebabkan oleh beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain pekerjaan rumah sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor. Daku menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang pembantu”.


Kemudian Rasulullah S.A.W pun bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.


Fatimah r.ha berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”. 

Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberi sejumlah ganjaran pahala buat para isteri yang berusaha keras tanpa sekelumit pun keluh-kesah terhadap kerja-kerjanya untuk memudahkan urusan keluarga, malah dipandang tinggi dalam Islam.



Amalkan Tasbih Fatimah dengan istiqamah dan yakin setiap kali sebelum tidur, Insyaallah akan berasa perbezaan setiap kali bangun tidur.
~kuretomey~

Friday, September 14, 2012

Pentingnya Solat Subuh Berjemaah

Solat Subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat Subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain manakala umat yang menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk tegak kukuh di muka bumi.

Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat. (Insya Allah akan menjadi satu kenyataan dalam masa yang terdekat).
Sabda Rasulullah S.A.W, 
"Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak." 
                                                                             (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, 
"Barangsiapa yang solat isyak berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh." 
                                                                                                  (Hadis riwayat Muslim)

Allah S.W.T berfirman : 
"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." 
                                                                                                          (al-Isra' : 78 - 79)
~kuretomey~

Thursday, September 13, 2012

hentian dunia dan rumah akhirat


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak dapat bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan berkhianat. Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia . Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka.

Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau. Ada kalanya menang ada kalanya kalah. Susah dan senang silih berganti. Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara. Itulah di namakan kehidupan di alam fana. Sungguh berbeda dengan kehidupan sejati dan abadi di akhirat  nanti. Barangsiapa senang, maka ia akan selamanya senang (Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan ini). Barangsiapa menderita, maka ia akan menderita selamanya (na’udzu billahi min zalik).

Al-Quran menyebutkan bahawa kehidupan di dunia tidak lebih hanya permainan dan senda gurau semata. Firman Allah SWT maksudnya :  

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
                                                                                      (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
                                                                                    (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya :

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." 
                                                                                   (Surah Muhammad ayat 36)

Apabila kalian merasai kesukaran dan menghadapi banyak masaalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat di letakkan sepenuh pengharapan. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada-Nya.

Bersabda Rasulullah S.A.W : 

“Doa orang yang sedang menderita (kesedihan yang mendalam) ialah: "Ya Allah, RahmatMu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Ilah yang berhak disembah selain Engkau.” 
                                                                                               (HR Abu Dawud)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam kehidupan ini ada bertingkat-tingkat tentang kenikmatan dunia. Manusia berlumba-lumba  mengejar, hingga kepayahan, dan umurnya habis, dan hidupnya tersungkur, hanya diarahkan mengejar kenikmatan dunia. Tak ada kenikmatan yang sejati. Kenikmatan yang diinginkan manusia dalam kehidupan itu hanyalah kenikmatan yang semuanya hanya ilusi. Khayalan dari manusia yang sudah menjadi tabiat hidupnya hanya untuk kenikmatan dan kemegahan.

Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan yang teragung dan terbesar, ialah kenikmatan yang dirasai sepenuhnya di hari akhirat nanti. Kenikmatan akhirat itulah yang akan membawa hamba kepada kemuliaan yang kekal. Kerana itu, hakikatnya seorang mukmin, tidak mengejar kenikmatan dunia, yang tidak memiliki keuntungan apa-apa melainkan sedikit sahaja, dibandingkan dengan kenikmatan berupa kemuliaan disisi Allah Azza Wa Jalla.

Tidak ada maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya, yang boleh membuat manusia menjadi lupa dan mabuk, sehingga terlena dengan kehidupan dunia. Kehidupan manusia yang sudah mabuk dunia itu, menjadi sujud, rukuk, dan ibadahnya hanya untuk memenuhi rasa kenikmatan dunia.

Hanyalah orang-orang mukmin, yang layak mendapatkan kenikmatan yang sejati, kerana pahala yang akan dikurniakan oleh Allah Rabbul alamin, sentiasa mengalir, ketika mereka makan, minum, berpakaian, tidur, terjaga, dan dalam perkahwinannya, dan semua amal mereka semata hanya diarahkan untuk mendapatkan reda-Nya. Tidak mencari reda selain-Nya. Apalagi, hanya ingin mendapatkan reda kepada manusia lainnya, yang dapat memberinya kenikmatan dunia. Itu bukan sifat mukmin yang hakiki.

Orang-orang mukmin kerinduan hanya pada kenikmatan atas keimanannya, ibadahnya, kerinduannya hanya kepada Allah Azza Wa Jalla. Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan dunia itu, selalu akan menghalangi seseorang memperoleh kenikmatan akhirat dan bahkan mengantarkan dirinya kepada seksa neraka. Manusia yang matlamat hidupnya kepada kenikmatan dunia, akhirnya menjadikan harta-benda, pangkat, kekuasaan, dan makhluk-makhluk, serta berbagai bentuk berhala-hala, yang menyerupai tuhan, menjadi arah dan tujuan hidup mereka. Seakan semua yang ada itu, mampu memberikan kenikmatan kepada manusia yang bersifat kekal. Karena itu, ketika diakhirat mereka saling mencerca dan menyalahkan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang maksudnya :

"Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata; 'Ya Tuhan, kami telah saling mendapatkan kesenangan, dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan buat kami telah datang.' Allah berfirman. 'Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain.' Sesungguhnya, Tuhanmu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.   Dan demikianlah Kami jadikan sebagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan".                             
                                                                       (Surah al-An’aam  ayat 128-129)

Kelazatan dan kenikmatan orang yang berbuat zalim dan keji merupakan istidraj (pemberian daripada Allah SWT dalam keadaan Dia murka), yang diberikan Allah SWT agar mereka merasakan seksa yang lebih berat dan mereka akan terlarang untuk merasakan kenikmatan yang paling agung. Seperti orang yang meletakkna makan yang lazat dan diletakkan racun kedalamnya, agar orang yang memakannya mati secara peralahan-lahan.

Allah SWT berfirman maksudnya  :

"Kelak akan Kami hukum mereka beransur-ansur dari arah yang tidak mereka mengetahui. Dan aku memberi tangguh waktu keapda mereka. Sesungguhnya, rencana-Ku sangat teguh (inna kaidi matin).                                                                       
                                                                          (Surah al-Qalam ayat 44-45)

Sebagian ahli tafsir menafsirkan 'inna kaidi matin' (rencana-Ku sangat teguh), maksudnya adalah setiap kali mereka melakukan dosa, maka Kami akan memberikan nikmat kepada mereka. Itulah bagi orang-orang yang hidupnya hanya mengejar kenikmatan dunia.

Sebaliknya, seorang yang sangat takut dengan kehidupan dunia, dan hidupnya zuhud dan warak, ketika meninggalkan rombongan malaikat suci, hamba-hamba Allah yang sangat dekat kepada-Nya, datang menjemputnya menuju ke tempat yang  kekal abadi untuk selama-lamanya iaitu syurga Allah  SWT yang tertinggi bernama Syurga Firdaus.

Firman Allah SWT maksudnya :

“Kebahagiaan di kampung akhirat itu Kami sediakan hanya bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. 
                                                                        (Surah al-Qashash  ayat  83)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat . Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan  yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT. Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.

~kuretomey~

Monday, September 10, 2012

jangan berhenti berlari

alhamdulillah, setelah berapa lama tidak menurunkan barang secalit tinta, aku kembali lagi di sini :). tapi yang lainnya pada kali ini, aku tidak lagi berada di negeri 'penyu', aku berada di negeri 'pulau'..hehe.. welcome to PENANG!!! (ucap untuk diri sendiri)


Universiti Sains Malaysia!!

aku tak pernah berimpian untuk menyambung pelajaran di sini, tapi semuanya merupakan ketentuan Ilahi yang menggerakkan pilihanku untuk memilih menyambung pengajian di sini..aku bersyukur.


ISDEV??!!

apakah?? mari aku terang. maknanya islamic devvelopment management atau dalam bahasa malaysianya, pengurusan pembangunan Islam. interesting course!! seriously.. (sebab aku bukan budak baik pun, dapat masuk kos camni, boleh la tambah ilmu dan amalan aku..huhu)..


institute of postgraduate studies
moga dengan langkah kakiku di sini, mampu membentuk hati dan jiwaku untuk lebih mendekatkan diri kepada-NYA dan mentarbiah diri agar mampu mentarbiah dan membimbing sahabat-sahabat lain di luar sana yang semestinya dahagakan bimbingan agama. Insyaallah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...