Perkahwinan!!! sesuatu yang mungkin dihadapi dan diimpikan oleh setiap orang. Saya kata mungkin sebab tidak semua orang kahwin, maybe sebab xde jodoh kot..hahaha...Tapi perkahwinan yang bagaimana sebenarnya dituntut dalam Islam?? Adakah perlu se 'grand' perkahwinan anak SM Nasimudin, pengasas NAZA group tu??? Ataupun menjadi wedding of the year macam Erra dengan Yusry dulu??? Perlukah??
Tengok dan nilai la sendiri. Saya tak nak la nak kata apa. Memang la mereka mampu, tapi bagaimana pulak kesan akibat dari apa yang mereka lakukan ini kepada orang lain yang melihat?? Pengaruh yang kuat akan mendorong orang bawahan ni ikut cara mereka...Siapa yang tidak mengidamkan atau menyimpan impian perkahwinan yang sebegini mewah...huuu...orang gila je kot..
Dalam rakaman video yang bertajuk Wedding of Fairy Tale ni (nama yang diorang bagi la, maybe sebab ikut tajuk lagu nih kot..huu), memang tip top lah..tapi, banyak sangat perkara yang saya tak berkenan dan agak jelik juga melihatnya. Antaranya :
Banyak pengaruh Greek, Mesir purba dan adat perkahwinan Kristian
Banyak unsur-unsur yang bercanggah dengan cara perkahwinan dalam Islam. Mereka mengaku Islam tapi tak buat apa yang Islam anjurkan..Pelik kan??
dan macam-macam lagilah...
Kenduri kahwin yang dianjurkan dalam Islam adalah untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa seseorang itu telah bernikah. Hal ini bertujuan mengelakkan buruk sangka dan umpatan jika orang disekeliling tidak tahu.
Di dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W telah menyuruh kita mewar-warkan pernikahan yang telah berlangsung, Berdasarkan beberapa hadis Nabi S.A.W dapatlah disimpulkan bahawa mewar-warkan pernikahan itu terjadi dengan tiga cara :
1) Kenduri : iaitu menjemput orang ramai makan makanan yang telah dimasak dan digulaikan. Sebaik-baik kenduri adalah dengan daging kambing. Sesungguhnya Nabi S.A.W mengadakan kenduri dengan tepung dan tamar ketika bernikah dengan Sofiyyah R.A. Begitu juga ketika bernikah dengan Zainab binti Jahsi R.A, Baginda mengadakan kenduri dengan daging kambing. Dalam peristiwa yang lain, seorang sahabat memberitahu Nabi bahawa dia telah bernikah, lalu Nabi pun menyuruhnya mengadakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.
2) Nyanyian : Disunatkan bernyanyi di dalam majlis kenduri…tetapi lagu yang bagaimana? Lagu yang dibenarkan adalah seperti dalam bentuk syair atau senikata yang tidak ada unsur lucah dan kurang sopan. Lagu itu pula tidak boleh dinyanyikan oleh artis-artis yang profesionnya atau kerja utamanya ialah menyanyikan lagu lagu yang tak sepatutnya seperti lagu lucah di tempat-tempat lain. Begitu juga lagu yang dinyanyikan itu tidak boleh beriringan dengan alatan muzik yang diharamkan seperti gitar dan biola. Sebaliknya alatan yang dibolehkan adalah seperti tamborin.
3)Tamborin :Dengan memukul tamborin akan menarik perhatian orang lalu dengan sendirinya berita pernikahan seseorang itu akan tersebar. Nabi S.A.W telah mengizinkan kita memukul tamborin pada hari perkahwinan dan hari raya.
Adalah menjadi kewajipan orang islam untuk mengembalikan hukum Islam yang mulia di dalam majlis-majlis perkahwinan yang dianjurkan lalu menjadikan majlis perkahwinan yang islamik itu tertegak tanpa ada unsur -unsur maksiat di dalamnya. Ini bukanlah satu tugas yang mudah. Namun begitu Alhamdulillah dalam masyarakat kita terdapat banyak penyair dan ahli sastera yang mampu menggubah syair yang menarik untuk didendangkan di dalam majlis kenduri kahwin.
Dalam masyarakat Islam yang lain ada juga orang yang menggubah kicauan lagu dan ada juga yang menggubah nada yang berbagai bagai untuk dimainkan dengan tamborin dan seumpamanya. Dengan ini tidaklah sukar untuk kita menyambut majlis perkahwinan yang bertepatan dengan tuntutan syarak. Lalu bebaslah kita semua dari bala yang besar dan penyakit masyarakat yang berbahaya yang telah menular di kebanyakkan negara Islam sehinggakan kita dapat lihat ada di kalangan orang islam itu mengalahkan orang barat dalam mengadakan majlis perkahwinan yang penuh dengan maksiat. majlis seperti ini biasanya diadakan di hotel-hotel dan tempat-tempat hiburan.
Hikmah mewar-warkan perkahwinan ialah :
1) Menyampaikan berita itu kepada masyarakat sekeliling agar tidak berlaku umpatan.
2) Menampakkan nikmat Allah S.W.T ke atas manusia dimana hubungan lelaki dan perempuan yang pada asalnya adalah haram, telah dihalalkan. Begitu juga menjadikan hukum halal kahwin dengan ibu bapa mertua pada asalnya, telah bertukar haram hanya kerana disebabkan ikatan perkahwinan tersebut.
Banyak lagi kalau nak dibincangkan permasalahan yang berkaitan dengan kahwin ni. Cukuplah buat kali ini. Lain kali, Insyaallah jika diberi kesempatan, akan saya coret lagi buat semua..
Barakallahu fikum alaih
~kuretomey~