Thursday, March 17, 2011

Jepun : nasihat terbaik untuk kita

Sesungguhnya, apa yang berlaku di Jepun itu adalah satu nasihat. Nasihat untuk kita agar sentiasa yakin dan percaya, bahawa apa yang kita ada suatu ketika nanti akan musnah jua. Tragedi terburuk sejak 300 tahun bagi sejarah negara matahari terbit itu, membuka mata kita supaya tidak terlalu mengejar dunia. Dunia yang kita cari dan kejar akan musnah sepertimana musnahnya bandar Sendai dan meletupnya loji tenaga nuklear Fukushima-Daiichi. Maka apakah yang lebih naik untuk kita melainkan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku - sebenarnya ia satu peringatan buat kita semua yang beria-ria mahukan pusat tenaga nuklear dibina di Malaysia. Mujur, peringatan telah diberikan kepada warga awal-awal lagi.

Peristiwa demi peristiwa yang kita baca dan lihat di sekeliling kita - seolah-olah di atur dan di susun dengan baik. Skrip dan jalan cerita dunia ini berputar. Dari satu lensa ke lensa yang lain, memperlihatkan kita perubahan demi perubahan. Keadaan manusia dengan teknologi dan kemajuan, pembangunan mapan dan era penjanaan reaktor nuklear - kita semakin matang melihat transformasi dunia kita. Kemajuan yang kita kecapi tidak ada maknanya, sekiranya kita gagal memahami apa itu ekonomi. Ekonomi membawa kita kepada perubahan sosio-budaya. Teknologi membawa kita untuk menjadi lebih moden dan canggih. Akhirnya, kecanggihan dan kemodenan itu bakal memakan diri kita sendiri.


Kesibukan kita seharian bekerja-mengejar dunia, ada masa kita berhenti sebentar untuk merenung..apakah nasib berjuta-juta rakyat Jepun kini yang diancam radiasi. Bukan sahaja warga Jepun, malah warga dunia turut terkesan dengan berita kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi itu. Bahkan kita bakal diancam pelbagai kemungkinan - hujan asid, penyakit dan barah. Malahan nasib pelajar-pelajar Malaysia tidak diketahui di Tokyo - apakah bencana tersebut tidak memungkinkan mereka untuk di bawa pulang. Sebaiknya, para pelajar di Jepun harus terus tinggal untuk sama-sama membaiki dan membantu negara yang ditimpa musibah.

Semoga masa akan kembali kepada sediakala. Dan semoga kita dapat memahami mesej Tuhan pada kita. Semoga kita tidak alpa dan leka dengan kehidupan yang begitu selesa. Semoga kita menyedari bahawa apa yang kita miliki boleh ditarik semula. Mujur warga negara selamat dari zon bencana. Namun ada lagi bencana yang banyak mengorbankan warga kita. Jenayah dan kemalangan jalanraya sama banyaknya dengan mangsa bencana. Maka, wajarkah kita merenung sejenak di mana akhir kehidupan kita. Pada duit yang banyak atau pada kehidupan yang bahagia.

~kuretomey~

Wednesday, March 02, 2011

haish..ape la nak jadi...same je dua2

aku pelik  betul la..kenapa la perempuan zaman sekarang ni suka sangat menayang body, tunjuk-tunjuk bentuk badan kat orang ramai??? kepada lelaki ajnabi??? ape takde rase malu ke?? best beno ke dok tayang-tayang ni???

pastuh bile kena gangguan seksual, kena rogol, dok salah lelaki je...nape die tak salahkan perempuan tu sekali??? disebabkan perempuan yg suka tayang bentuk body ngan badan diorang tuh la, perempuan yang pakai tudung, tutup aurat pun terlibat sama...korang tak sayang kaum korang sendiri ke???

yang lelaki pulak, suke bebeno dok tengok benda-benda gitu, tapi nak salahkan sepenuhnya tak boleh jugak.. tapi lelaki dikurniakan akal yang panjang untuk berfikir, so gune la fikiran korang tu sebaiknya..jangan dok ikot nafsu..sudah-sudah la dok tengok cerita dan bahan-bahan porno tu...takde faedah pon...ade sesetengah golongan yang mengajar, tengok untuk belajar sebelum kawen....woi..orang dulu pon tak tengok la benda-benda cmatuh, boleh je hasilkan mak bapak korang dan seterusnya lahirkan korang...takde masalah pon....nape la benda-benda yang mengarah ke arah yang tak elok dicari...yang ke arah kebaikan tak dicari...

renung-renungkan dan fikir-fikirkan..muhasabah diri untuk zikir dalam diri...

~kure tomey~

Tuesday, February 22, 2011

secoret hati

as salam, sawadikap, hello, ni hao ma, ape lagi ntah...hahahhaa...yg pentingnye, ucapan selamat untuk semua..harapnya semua sihat di bumi Allah ini.

da lame tak buat note, blog pun tak update2 berbulan rasenye...(jadi tawar hati sekejap sebab blog aku tak cantik...hahaha)...

hurm..aku nak kate pun, tak pandai sangat nak berkata-kata, nak menulis, bukanlah penulis handalan..hanya nak komen ape-ape yang rase tak sedap di mata, tak enak di hati, tak lunak didengar..

overall PRK kat UniSZa baru-baru ni, amat berpuas hati dengan kelancaran..Alhamdulillah dan syabas buat semua yang menjayakan PRK hingga berjaya dari pihak HEP, staff sokongan dan juga calon-calon serta pencadang-pencadang dan penyokong. tanpa salah satunya, PRK takkan berjalan dengan sebaiknya.

yang baiknya PRK UniSZA ni, kesungguhan pengundi a.k.a rakyat-rakyat jelata (mahasiswa/i UniSZA)...sangat-sangat memberangsangkan..tahniah di atas kebangkitan dan keterbukaan anda semua dalam PRK kali ini...saya sangat berbangga...

saya ni tak la ikut secara overall perjalanan PRK, disebabkan banyak kekangan dan hal-hal tersendiri...huuu..(malas pun ye jugak)..tapi dari hari pertama pencalonan, dengar-dengar sahaj la dari orang-orang yang saya jumpa di cafe, di kelas, di apartmen, rata-rata berbunyi tentang komplot, kroni dan whatever..heee...pelik jugak rasenye...tapi saya sedia maklum sendiri lah ape-ape yang disebutkan itu...cuma tak sedap bila mendengarnya kerana rasa seperti bersubahat dalam sesi 'ketupat' itu...

manusia...tak dapat lari dari mengata..manusia mana yang lepas dari sifat ini??/cuba buktikan pada saya..Rasulullah s.a.w tu tak yah kira la...sebab nabi maksum..heee..manusia memang dilahirkan dengan sifat suka mengata dan berkata...so, berwasapadalah dengan apa yang keluar dari mulut kita..alhamdulillah jika ianya benar tapi takutnya jika salah, dah tak pasal-pasal jadi fitnah..kan dapat dosa free..

yang tak baiknya dalam PRK kali ni, banyak sangat benda-benda yang tak patut berlaku....kutuk mengutuk, caci mencaci, mengata orang atau calon-calon sebagai anjing....hello...nabi sendiri tak kata orang camtu...ape bagus sangat ke kata orang anjing???heee..saya nih tak bela atau memihak sesapa, hanya berada di pihak berkecuali dan menyokong jika ianya betul..tapi saya sangat terkejut dan sangat tak bersetuju dengan tindakan sahabat kita sendiri "zmri prselangor"...lebih mengejutkan lagi, pelajar syariah tu...haish...mane la nak bangunnya masyarakat dan umat Islam yang bertamdun dan bersahsiah...tak bepada-pada dan berwaspada dalam berkata-kata....

tahniah atas kemenangan saudara Isa, sahabat yang saya kenali secara gitu-gitu je, same-same wat gile dulu-dulu..hehehe....tahniah juga buat classmate saya, saudara nik zawawi atau pok chek, saudari raihana, saudari hajar (geng kayak), saudara saiful Islam (cik bob) dan lain-lain...semoga korang semua akan terus cemerlang dan membawa suara-suara rakyat serta membangunkan minda rakyat UniSZA agar tidak lagi tidur dalam menjadi umat Islam yang cemerlang dan rakyat Malaysia yang gemilang dan berbangga dengan warganya....

dan buat yang kalah dalam PRK, jangan sedih, jangan putus asa....kalah bukan tak bererti disisih, menang tak bererti disanjung..adat dalam pertandingan pasti ada menang dan kalah...dicemuh, diherdik, dimaki, disokong, dibodek, ditatang, segalanya adalah lumrah dalam kehidupan..bukan dalam berpolitik sahaja...

buat semua warga UniSZA...Ingatlah..keterbukaan dan kemajuan dalam apa jua perkara, jika tidak dibimbing dan bersandarkan Al-Quran dan Sunnah, maka akan sesatlah kita...akan hancurlah tamadun...Islam yang memacu kemajuan, bukan kemajuan yang memacu Islam..jangan diikut jejak langkah kaum-kaum yang sudah, kaum-kaum yang dilaknat, dan kaum-kaum yang berpandukan akal dan kesenangna semata...

akhir kata moga MPP UniSZA sesi 2011/2012 akan membawa UniSZA dan rakyatnya gemilang dan terus cemerlang dalam mengahdapi dunia akhir zaman ini...kembali semula kepada asal kita agar dapat kita sedar siapa diri kita...

wallahualam

Islam dijulang di mana anda berpijak, majulah UniSZA

~kuretomey~

Monday, January 24, 2011

soalan bocor dalam bahasa melayu??!!!

Kadang tu kalau pergi ke majlis kematian apabila telah selesai sembahyang mayat kita akan berangkat ke perkuburan untuk upacara pengkebumian jenazah. Dan apabila jenazah telah berada di perkuburan lalu di tanam ke dalam liang kubur dengan sempurna. Setelah itu bermula lah bacaan talkin oleh tok imam tanda telah sempurna jenazah itu disemadikan di dalam liang kubur.

Bacaan tersebut bukan lah peringatan untuk simati tapi adalah kesedaran serta amaran bagi mereka yang masih hidup untuk mengingati mati. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ini adalah terjemahan talkin yang di baca untuk kita supaya mengetahui isi kandungan bacaan tersebut. Saya tak pandai bahasa arab dan Al Quran jadi sama-samalah kita baca dan faham..

............................................................................................................

Bismillahhirrahmannirrahim,

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata :

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingat dengan kesabaran." (Al-A'sr : 1-4)

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku. 

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama .

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


~kuretomey~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...