Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran
kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas, tentang cinta
yang putus sampai di sini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang
berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia
terasa mengalami kiamat
”Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati“
Hati sanubari kita kadang-kadang pening
mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”.
Tiada istilah lain yang lebih sedap ke?
Tapi yang penting adalah bagaimana
ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika
cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak
mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih
boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? bukan hanya sekadar
hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka.
Dan airmata yang mengalir ini dapat
membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana
airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata. Menagislah kerana
mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri.
Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya
"‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziba"
Maka
nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? Bahkan didalam air
yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.
Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini?
Cuba
bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di
telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang
pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami
ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita
membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam Al Quran?
Dan kini
setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin
hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH
hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH, apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?
Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan?
Disebalik
patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita
menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH.
Nauzubillahimindzalik. Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.
”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”
Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta
maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah-olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah
rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita
sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada
duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.
Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini!
#buat diri yang patah hati
No comments:
Post a Comment