Monday, December 31, 2012
Thursday, December 27, 2012
Bila lagi???!!!
Berikut adalah petikan daripada sebuah blog yang saya sempat jengah untuk menambahkan ilmu. Lantas minda terkejut dan jiwa terjaga, bilakah agaknya Malaysia yang mengaku Islam sebagai agama rasmi nak buat perkara-perkara sebegini ya?
antara usaha yang dilakukan GainPeace |
cantik kan kalau Malaysia buat begini? |
Kenderaan awam banyak diletakkan maklumat tentang Islam |
Still wonder, dah lebih 54 tahun kerajaan yang berada di bawah pemerintahan parti yang sama, katanya memperjuangkan Islam dan MELAYU tapi, masih tak nampak apa yang dilakukannya secara jelas dan tercapai matlamatnya tentang memperjuangkan Islam. Ini bukan isu politik cumanya minta minda kita berfikir sejenak dan merenung realiti.
p/s: boleh baca dengan lanjut blog tersebut di http://www.harian-metro-online.com/peluk-islam-selepas-lihat-iklan-di-bas
~kuretomey~
Wednesday, December 19, 2012
#wordless wednesday#
Ya Allah limpahkanlah rahmat, keselamatan dan keberkahan kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., sebagai sumber cahaya, sebagai genggaman kesayangan yang berkilauan, sebagai manusia yang paling utama, semulia-semulia jasad, sumber galian rahsia ketuhanan dan khazanah ilmu-ilmu yang terpilih dan suci.
Pemilik genggaman yang asli, yang gemilang dan kedudukan yang tinggi di mana kenabian berlangsung di bawah panjinya. Maka mereka adalah di bawah perintahnya. Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya, ahli keluarganya dan para sahabatnya sebanyak bilangan barang apa yang telah Engkau ciptakan, yang Engkau kurniakan rezeki, yang Engkau matikan dan hidupkan hinggalah ke hari di mana Engkau bangkitkan orang yang telah Engkau matikan. Kurniakanlah kesejahteraan ke atasnya dengan kesejahteraan yang sebanyak-banyaknya dan segala pujian milik Allah tuhan sekalian alam.
Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah sirruhu.
Fadhilatnya :
1. Menghindar dari sihir dan segala kejahatan zahir dan batin. Bacalah selawat ini 3x setiap kali selepas solat fardhu dan 7x setiap mau tidur.
2. Mendapat kedudukan tinggi dengan riyadah selawat ini.
Puasa 3 hari mulai Selasa, Rabu, Khamis.
Selama puasa baca selawat ini 21x setiap kali selesai solat fardhu. Disertai niat memohon pertolongan dari Allah Taala agar dikokohkan kedudukan dan mendapat rezeki yang halal.
Selesai berpuasa amalkan selawat ini 7x setiap hari sebagai amalan harian.
3. Menurut Syed Ahmad Zaini Dahlan barangsiapa melazimi membaca selawat ini akan mendapat cahaya batin dan terbuka beberapa rahsia yang ghaib. (yakni mengetahui hakikat disebalik peristiwa kejadian-penulis.)
Wallahu a’lam.
Sumber :
1. K.H. Habib Syarief Muhammad Alaydarus. 135 Shalawat Nabi Keutamaan Tatacara & Khasiatnya. Bandung, Indonesia: Pustaka Hidayah, 2007.
2. Saad Qadhi. Al-Arief Billah Sayyidi Ahmad Al-Badawi. Kaherah, Mesir: Dar Qharib, 2001.
3. Drs. Hanafi Mohamed. 99 Selawat Nabi s.a.w. Fadhilat & Khasiatnya. Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Nu’man, 1994.
4. Dadang Sobar Ali & Drs. Maman Abd. Djaliel. 100 Shalawat Nabi Paling Berkhasiat. Bandung, Indonesia: CV Pustaka Setia, 2007
Jalan Ke Syurga Penuh Duri
Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan
ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan
oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang
dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula
tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh
(kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan. Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman, bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu. Betapa tak susah masuk syurga?
Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu. Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik. Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal. Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Sama-samalah kita berusaha merubah diri kita kepada yang lebih baik. Wallahualam.
#lebih kepada diri sendiri

Wednesday, December 12, 2012
#wordless wednesday#
6 Pesanan Imam Ghazali
1. Yang paling dekat adalah kematian.
2. Yang paling jauh adalah masa silam.
3. Yang paling besar adalah nafsu.
4. Yang paling berat adalah amanah.
5. Yang paling ringan adalah meninggalkan solat.
6. Yang paling tajam adalah lidah.
Bersama muhasabah diri dan juga keluarga serta mereka yang berada di sekeliling kita. In Shaa Allah.
#kuretomey
Friday, December 07, 2012
Journey has begun..
Assalamulualaikum, salam pembuka bicara. Alhamdulillah, dipanjangkan umur, disihatkan fizikal, dipelihara minda sepanjang kehidupan hingga ke saat ini. Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi. Moga dipelihara nikmat Iman dan Islam dalam diri kita. In Shaa Allah.
Alhamdulillah juga, setelah mengharungi liku-liku dan pelbagai halangan dalam semester pertama ini, program yang dirancangkan akan tiba saatnya jua untuk dilaksanakan. Maka jeng.. jeng.. jeng... hahaha..
ESOK PERGI THAILAND!!!! (memang sah budak-budak punya perangai)
Berharap moga perjalanan kali ini memberi seribu satu pengalaman dan ilmu yang berlipat kali ganda dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam. In Shaa Allah. Later will be updated. Wallahualam :)

Wednesday, November 28, 2012
#wordless wednesday#
Setelah lebih 4 tahun, akhirnya. Syukur pada-MU Ya Rabb.
Moga ianya menyemarakkan kecintaan terhadap ilmu-MU Ya Rabb
Segala puji hanyalah untuk-MU!!
Thursday, November 22, 2012
#Thoughtless Thursday#
DUNIA! LIHATLAH!
Tubuh seorang kanak-kanak wanita Palestin 70% hancur dibedil peluru berpandu Zionis a.k.a Yahudi Laknatullah. Tubuhnya dah hampir sama macam daging burger percuma yang diberi makan pada rakyat Malaysia beberapa hari lalu.
Terima lasih kepada pemakan produk yang menyokong Yahudi Laknatullah. Inilah jasa anda untuk rakan anda di Palestin. Sama-sama kita fikirkan bagi yang masih belum berbuat demikian. Boikot bukan satu cara yang praktikal untuk menjatuhkan Israel tapi ianya mampu merencatkan secara tidak langsung walau tidak banyak.
Al-Fatihah Buat Almarhum.
Ya Allah, Selamatkanlah mereka.
Jauhilah kami dari Fitnah Dunia ini. Amin!!!
Labels:
Coretan,
Palestin,
semasa,
thoughtless thursday
Wednesday, November 21, 2012
#wordless wednesday#
Penawar Hati Yang HIba
TUGASAN
BLOG SIW 505
PENAWAR
HATI YANG HIBA
Mohd
Syahmi Bin Mohd Miswan
Calon
Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam)
No.
Matrik: P-SM0137/12
Setiap manusia yang dijadikan Allah dibekalkan dengan
akal dan emosi agar manusia boleh menjalankan kehidupan dengan sebaik yang
mungkin. Emosi perlu dikawal oleh akal dan akal pula perlu dikawal oleh iman.
Jika ketiga-tiga ini ada di dalam diri manusia, maka sudah pasti ia akan
menjadi manusia yang baik dan soleh. Bergantung kepada cara individu tersebut
untuk mengawal emosinya agar tidak keterlaluan dan sentiasa berada dalam
keadaan normal. Emosi yang hanya berpandukan kepada akal semata-mata akan
menjadi sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam. Contoh yang dapat kita
lihat sekarang seperti ramai umat Islam yang sanggup membunuh diri kerana
kekecewaan yang sangat. Ada pula yang sanggup membunuh atau mencederakan orang
lain kerana terlalu marah. Tetapi apabila ia dikawal oleh akal dan iman sudah
tentu orang yang sedih akan pasrah kerana ia tahu bahawa itu adalah ketentuan
Allah dan setiap perkara itu ada hikmah disebaliknya.
Semua pihak
mengakui penyakit–penyakit jiwa atau dalam bahasa modennya dikenali sebagai
‘gangguan psikologi’ adalah penyakit atau masalah yang memerlukan rawatan
segera dan bersungguh–sungguh. Jika diabaikan, akibatnya amat buruk sekali
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Semuanya mengundang kepada porak-
peranda dalam kehidupan (Norhuriyatina Salleh, t.t).
Hati yang hiba tidak boleh kita
hapuskan dan ia merupakan sebahagian daripada emosi yang telah dianugerahkan
kepada manusia. Caranya untuk mengawal hati yang hiba ini ialah kembali kepada
Islam seperti yang saya tegaskan di atas. Islam mempunyai penawar yang mujarab
bagi mengubati segala penyakit manusia sama ada rohani atau jasmani. Hal ini
sangat berbeza dengan agama-agama yang lain kerana mereka tidak ada asas
pembinaan rohani kepada setiap umat mereka.
Kalau dilihat berdasarkan
persepktif, epistemologi dan tasawur barat, mereka menggunakan terapi untuk
diri antaranya mendengar muzik-muzik yang menenangkan jiwa, bercerita kepada
kaunselor, dan melakukan aktiviti-aktiviti luar yang boleh menghilangkan
tekanan dan sentiasa berfikir positif.
Berbeza dengan epistemologi dan
tasawur yang dianjurkan Islam. Islam menganjurkan membaca Al-Quran. Al-Quran
adalah ubat yang sangat mustajab kepada manusia bagi menghilangkan perasaan
hiba dan segala penyakit hati dan jasad. Setiap orang yang membaca Al-Quran
akan menjadi tenang dan Allah akan memberikannya jalan keluar atas segala
kesulitan yang dihadapi olehnya. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu al-Quran
yang menjadi penasihat (pengajaran ) daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar
bagi penyakit-penyakit batin (jiwa ) yang ada di dalam dada kamu serta menjadi
petunjuk (hidayah ) untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang
yang beriman.” (Surah Yunus: 57)
dan
“Dan Kami
turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya)
Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran
mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Isra : 82)
Seorang lelaki datang berjumpa dengan Ibnu Mas’ud. Dia
mengeluh dan berkata “Wahai Ibnu Mas’ud nasihatilah aku dan berilah penawar
untuk jiwaku yang gelisah ini, aku tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiran aku
bercelaru. Ibnu Mas’ud menjawab “kalau begitu bacalah Al-Quran atau engkau
mendengar orang membaca Al-Quran”.
Al-Quran
memberi petunjuk kepada manusia tentang cara–cara untuk merawat jiwa yang tidak
tenteram. Bahkan amalan membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran itu
sendiri sudah mampu mententeramkan jiwa–jiwa manusia. Nabi Muhammad s.a.w
pernah menyebut:
“Tidak berkumpul sesuatu kaum di dalam sesebuah rumah dari
rumah-rumah Allah, mereka membaca kepadanya Kitab Allah (al-Quran) dan
membincangkannya bersama–sama, melainkan turun ke atas mereka ‘as-sakinah’
(ketenangan) dan diliputi mereka dengan rahmat dan dinaungi mereka oleh para
malaikat dan Allah menyebut amalan mereka itu di hadapan makhluk Allah yang ada
di sisi-Nya.” (Riwayat Bukhari )
Mengunjungi tempat pengajian juga
merupakan cara untuk mendidik jiwa agar mengenali dan sentiasa mengingati
Allah. Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran , susunan Imam
an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama
Ibrahim Khawwash yang menyatakan lima penawar hati
yang diantaranya adalah duduk bersama orang yang soleh. (Abunuha, t.t). Tidak
rugi orang yang sentiasa mengunjungi tempat pengajian, kerana di dalam
pengajian tersebut dipenuhi dengan nasihat, ilmu, ayat-ayat Al-Quran dan hadis.
Ini bertujuan untuk mendidik nafsu dan emosi kita agar sentiasa bertindak
mengikuti kehendak Allah dan tidak menyalahi syarak. Menuntut ilmu adalah
amalan yang sangat baik dan sangat dituntut oleh Islam dan ia juga merupakan
fardu ain bagi sekalian umat Islam.
Telah Berkata Muadz bin Jabal
: “Pelajarilah Ilmu, karena mempelajari ilmu merupakan bentuk Khosyah (takut)
kepada Allah, Menuntutnya adalah ibadah dan mempelajarinya secara bersama-sama
adalah tasbih”.
Jelas
di sini, orang yang rajin menuntut ilmu atau menghadiri kelas-kelas pengajian
ilmu, seolahnya ia sentiasa bertasbih dan berzikir kepada Allah. Segala
kepayahan, kesukaran dan kesedihan yang dihadapi olehnya akan terubat dan ia
tahu bagaimana untuk bertindak sesuai dengan tuntutan Islam. Ini berbeza dengan
orang yang tidak menuntut ilmu, kerana mereka sering melakukan kesalahan dalam
tindakan mereka dan kadang-kadang ibadah yang dilakukan juga silap. Perkara
sebegini sangat bahaya dan sangat merugikan orang yang tidak berilmu.
Untuk
menghilangkan perasaan hiba yang dialami oleh seseorang, maka hendaklah ia
sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Perasaan hiba ini berlaku apabila hati
seseorang itu terluka. Untuk merawat hati yang terlupa memerlukan suatu kaedah
yang rohaniah dan tidak boleh menggunakan ubat-ubatan farmasi atau klinik.
Zikir adalah ubat yang sangat mustajab dan sangat mempengaruhi hati seseorang
yang selalu berzikir. Firman Allah yang bermaksud :
"(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad : 28)
Solat
merupakan ibadah yang paling penting di dalam Islam. Ibarat tiang rumah,
begitulah pentingnya solat. Tanpa tiang rumah yang kukuh, rumah pasti akan
roboh. Begitu juga dengan solat. Tanpa solat, maka rapuhlah Islam dan iman
individu. Jadi kita sebagai umat Islam, jangan sesekali mensia-siakan amanah
yang diperintahkan Allah ini pada setiap hari dan waktu, walaupun sibuk dengan
tugasan harian, namun solat sesekali tidak pernah ditinggalkan. Hadis Nabi yang
bermaksud :
“Solat itu
tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan
sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat
Baihaqi)
Solat adalah pembuktian ikatan yang
kuat antara hamba dengan Tuhannya. Dalam solat, hamba seolah berada di hadapan
Tuhannya dan dengan penuh kekhusyukannya memohon banyak hal kepadaNya. Perasaan
ini akhirnya boleh menimbulkan adanya kejernihan spiritual, ketenangan hati dan
keamanan diri di kala ia mengerahkan semua emosi dan anggota tubuhnya
mengarahkan kepadaNya dengan meninggalkan semua kesibukkan dunia dan
permasalahannya. Pada saat solat ia boleh sepenuhnya memikirkan Tuhannya tanpa
ada interaksi dari sesiapa pun hingga pada saat itulah ia merasakan ketenangan
dan akalnya pun seolah menemukan waktu rehatnya.
Jelas di sini, bahawa solat adalah
sebahagian dari terapi yang boleh mengubati jiwa seseorang yang berada di dalam
keadaan hiba. Semasa mendirikan solat, seseorang itu harus mengosongkan jiwa
dan raganya untuk member sepenuh tumpuan kepada Allah. Segala yang berlaku
sebelum solat telah diredhokannya kerana ia hendak memfokuskan seluruh hatinya
kepada solat dengan harapan mendapat khusyuk kepada Allah. Amat rugi bagi orang
yang mendirikan solat secara sambil lewa tanpa ada semangat untuk melaksanakan
solat dengan baik sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Solat
yang tidak sempurna diibaratkan seperti kain buruk dan kain itu akan
dicampakkan oleh Allah ke muka kita apabila dihari perhitungan nanti.
Salah
satu sifat yang disarankan oleh Islam ialah bersangka baik kepada orang lain
(husnuzon) dan ia adalah salah satu dari sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW. Punca timbulnya rasa tidak tenang kepada orang lain
adalah kerana kita mempunyai perasangka yang tidak baik kepada orang lain
sehingga menyebabkan hubungan kita dengan orang tersebut tidak selesa. Firman
Allah yang bermaksud :
“Wahai
orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh
itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada
Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)
Sikap berbaik sangka ada
banyak kebaikannya di antara diri kita dan orang lain. Orang yang berbaik
sangka sentiasa mudah untuk menerima orang lain di dalam kehidupannya walaupun
orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah darinya. Walaupun
begitu, dia menganggap orang lain seperti saudaranya yang dekat dan sentiasa
mudah untuk membantu dan menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Malah
inilah perkara yang dianjurkan oleh Islam, kerana setiap umat Islam itu adalah
bersaudara. Ibarat tangan kanan dicubit tangan kiri juga turut merasai
kesakitannya. Hubungan persaudaraan sesama Islam juga pasti terpelihara dan
lebih erat ukhwahnya. Perasaan yang bebas dan hati
yang terbuka dari sebarang sikap dan sifat yang buruk terhadap saudaranya yang
lain. Segala kesalahan dan teguran dari orang lain akan dinilai olehnya dengan
positif. Sekiranya orang lain melakukan kesalahan kepadanya seperti mencerca
dan menyakiti hatinya, ia akan segera memaafkan orang tersebut dan diubati
kesakitannya dengan zikir dan mengingati Allah.
Segala
garis panduan yang diberikan di sini, boleh mengubati perasaan yang hiba itu,
kerana hati yang hiba tidak boleh diubati dengan ubat, ia mesti diubati dengan
rawatan rohani yang hanya terdapat di dalam agama Islam sahaja. Islam meliputi
semua aspek iaitu rohani dan jasmani dan merupakan pelengkap kepada kehidupan
manusia. Setiap apa yang berlaku kembalilah kepada agama Islam, nescaya Islam
itu mempunyai kaedah yang tersendiri dan mampu mengubati seluruh penyakit yang
ada pada manusia. Carilah damai di hati dengan menjadikan iman sebagai penawar yang
amat mujarab. Selalulah mengingati akan rahmat dan ampunan Allah, bertawakkal
dan berbaik sangka kepadaNya, mengimani qadha' dan qadarNya, menjalani hidup
sesuai dengan adanya, melepaskan kegundahan tentang masa depan dan mengingati
akan nikmat Allah (Dr. Aid Abdullah Al-Qarni, 2010).
Amalkan doa
ini setiap kali selepas solat. Doa ini juga selalu dibaca dalam bacaan Al-Ma’thurat
susunan As-Syahid Imam Al-Banna. InsyaAllah hati pasti kan menjadi lebih tenang. Berikut adalah terjemahan doa.
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada
kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan
kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan
aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang."
Rujukan
Abu Nuha, diakses pada 20 November 2012 daripada http://abunuha.wordpress.com/2008/07/18/lima-penawar-hati/
Dr. Aid Abdullah
Al-Qarni, 2010, La Tahzan: Don’t Be Sad (Edisi Bahasa Malaysia), Selangor,
Al-Hidayah Publishers
Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (2009), Indahnya
Hidup Bersyariat, Shah Alam, Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark
(2012), Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif, Batu Caves, PTS
Profesional.
Mutiara doa, diakses pada 18 November 2012 daripada http://fifapg9.blogspot.com/2010/02/mutiara-doa.html
Norhuriyatina
Salleh, diakses pada 20 November 2012 daripada http://halaqah.net/v10/index.php?page=309;wap2
Labels:
Motivasi,
psikologi,
Tazkirah,
tugasan SIW 505
Subscribe to:
Posts (Atom)