Saturday, April 23, 2011

exam dan masalah yang selalu.....

lame tak ngadap mende ni....maklum la...study fever (yekew??)...hahaha...ops..terlupe plak...assalamualaikum dan selamat buat semua..:)...(kabut sangat sampai lupe salam..hehhehe)



he...EXAM!!!..satu bende yang menggegarkan pale lutut semua student...tak kisah la kat sekolah ke, IPT ke, sumenye akan jadi insan lain bila dah nak mengadap exam. Aku ingat lagi masa dekat sekolah, paling suka buat dadu untuk subjek-subjek yang aku tak suka baca..so jawabnya, guna la ilmu-ilmu yang pelik-pelik...hahaha...payah-payah sangat, pejam mata, main tikam aje..mana yang kena tuh la jawapan yang aku tanda...hahaha...sangat lawak bila nak diingatkan




 tapi bila da masuk IPT ni, takde lagi dah la tembak menembak...semuanya kena tulis...memang cair la pale otak awok eh...kalau tak baca, memang hangus la menggoreng...tapi alhamdulillah, sampai sem 5 lepas aku masih lagi dengan sebaiknya...tapi sem ni aku masih lagi terkapai-kapai ape sebenarnya yang sedang aku belajar....susah sangat nak dikorek balik dalam kepala aku ni...

dah la esok start 1 paper aku, siyasah syar'iyyah...perghh..bunyi gempak dah..politik seyh...tapi aku bukan orang politik, hanya sekadar untuk ilmu dan tahu..

agaknya kalo esok aku tak dapat jawab, mesti dok mendengung je tengok apper, tak pon tido..haha.:D...gile..memang sah-sah la aku punya pointer 76 (terjunam).....K.O


ape-ape pon, berusaha dan berjuang..jangan mudah mengalah...yergh...good luck untuk semua yang menduduki exam...do your best....ingat mak abah kat umah..:)





~kure tomey~

Tuesday, April 12, 2011

Jika CINTA tidak DIRESTUI...


Tidak mendapat restu keluarga kekasih memang menjadi satu masalah dalam sebuah percintaan. Sebab tidak menyukai atau tidak memberi restu kepada calon menantu ini boleh menganggu kelancaran hubungan anda dengan bakal suami atau isteri.

Biasanya masalah tidak disukai keluarga kekasih sering berpunca daripada perbezaan taraf kehidupan, taraf pendidikan, rupa paras dan sebagainya.

Apabila pihak keluarga mula menunjukkan ketidaksenangan mereka terhadap bakal menantu, perkara-perkara remeh dan kecil pun boleh dikembangkan menjadi isu besar. Keadaan ini sudah tentu membawa impak atau kesan buruk terhadap dunia percintaan anda.

Dan ironisnya, apa yang kerap terjadi, adalah pihak keluarga pasangan yang menentang hubungan tersebut akan bermati-matian berusaha untuk memisahkan pasangan kekasih yang saling mencintai ini jika pasangan itu terlihat bersatu padu mengatasi pelbagai cubaan atau halangan yang mendatang itu.

Nampaknya cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk mereka menghadapi sebuah perkahwinan yang penuh dengan duri itu. Ini semakin menghimpit jika kedua-dua belah pihak keluarga dan rakan-rakan tidak memberi sokongan moral malahan turut bersikap menjatuhkan.

Keadaan ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malah sering menyangkut soal fahaman, perbezaan warna kulit, harta kekayaan, budaya dan agama. Kerana itu tidak hairan jika anda hanya berasa aman dan bahagia ketika dapat berdua-duaan dengan kekasih kerana saat ini tidak ada gangguan daripada orang yang tidak menyukai, walaupun sebenarnya anda berasakan amat memerlukan pergaulan secara terbuka dengan rakan-rakan dan lingkungan keluarga. Yang lebih menyakitkan lagi apabila keluarga kekasih menjauhkan pasangan anda daripada aktiviti keluarga.

Anda juga tidak pernah dijemput dalam acara atau majlis-majlis penting yang diselenggarakan keluarga si dia. Sehingga membuat anda dan si dia tidak tahu apa yang patut dilakukan, samada meneruskan perhubungan terlarang ini atau berpisah sahaja kerana tuntutan pihak keluarga pasangan yang amat melampau.

Akhirnya pilihan memang bergantung kepada keputusan anda berdua. Apalagi kalau anda sudah nekad merancang untuk tetap meneruskan hubungan itu hingga ke jinjang pelamin. Jangan gelabah atau membebankan pasangan dengan meletakkannya di antara dua pilihan.

Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah itu secepatnya. Jika sudah mengambil keputusan untuk menikah, sudah tiba masanya keluarga pasangan masing-masing mengetahui lebih jauh mengenai calon menantunya. Memang bagi keluarga yang mementingkan kedudukan sukar untuk meminta mereka menerima diri anda seadanya.

Jangan menunjukkan pasangan dengan sikap anda yang keanak-anakan. Boleh jadi sikapnya yang terlihat lemah atau mengalah dengan keluarganya selama ini bukan kerana tidak bangga dengan anda tetapi mungkin dia malu dengan sikap keluarga atau rakan-rakannya dan mungkin juga dia tidak mahu keluarganya atau rakan-rakannya melakukan perkara yang tidak sepatutnya (seperti sengaja menyakitkan hati) pada anda.

Dia juga mungkin berasa malu kerana belum berjaya memujuk keluarganya agar menerima anda dalam keluarga mereka. Sebaik-baiknya bincangkan masalah ini dari hati ke hati. Katakan pada pasangan betapa bangganya anda terhadap dirinya kerana tetap memilih anda sebagai kekasihnya walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Jelaskan kepada si dia, berikan sekali lagi kesempatan kepada keluarga untuk mengenal anda berdua dengan lebih lanjut. Bukankah ada pepatah mengatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Jadi, biarkan mereka mengetahui dengan lebih jauh siapa anda sebenarnya. Dalam hal ini, kesabaran anda memang amat dituntut.

Ingatkan kembali kepada si dia jika keluarganya masih bersikap negatif terhadap diri anda, kerana itu akan menyakitkan diri anda meskipun kekasih masih setia di samping anda. Jika anda dan kekasih sama-sama memiliki ketabahan dan percaya diri, cari orang yang bersimpati dengan anda dan dikenali oleh keluarganya. 

Bantuan orang ini barangkali boleh membantu mencairkan masalah anda dengan keluarga kekasih. Sebagai orang muda, anda bebas untuk saling mencintai, menikmati indahnya bunga-bunga cinta dan jangan mudah putus asa dengan berfikir yang bukan-bukan. Namun apabila sudah nekad untuk mendirikan rumahtangga pastikan ketika itu anda berdua sudah mendapat restu daripada keluarga kedua-dua pihak, sebab rumahtangga yang tidak direstui keluarga sering dilanda badai yang tidak terduga.

"Biarpun di dadaku hanya ada kamu tetapi cinta pun bukan segala-galanya". Kita tidak boleh korbankan semuanya hanya kerana cinta. Belajarlah menerima kenyataan, jika cinta yang sudah anda pertahankan dengan sepenuh hati tetapi tetap tidak mendapat restu. Percayalah masih ada dada cinta lain yang boleh anda sandarkan kasih sayang.

~kuretomey~

Dust in My Bed

فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي

Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back


And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed

 

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it. 


p/s: Farashi Al-Turab - Meshary Al arada’s 

~kuretomey~

Thursday, April 07, 2011

19 hadith Baginda S.A.W tentang wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".  

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000            
                                           kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.  


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


~kuretomey~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...