Thursday, March 17, 2011

bagaimana untuk bergaul dengan orang yang anda tak puas hati, yang anda kurang senang, yang anda benci dan yang sewaktu dengannya


Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab anda tertekan memikirkan situasi yang akan anda lalui juga situasi yang telah anda lalui. Anda stress sebab anda tidak suka dengan perangai seseorang. anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika anda berada dalam situasi di mana anda terpaksa berhadapan dengan orang yang anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan anda walau hakikatnya anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi anda hingga anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika anda seorang staff bawahan dan anda merasa kurang senang bila bos anda ada berhampiran dengan anda kemudian anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati anda mahu berbaik-baik saja dengan bos anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi anda tenang. Bila anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.

Bila minda separa sedar sudah faham anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang ni keluar dari minda anda, terlepas ke persekitaran anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling anda. Orang yang anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda anda kerana dia berada berhampiran anda.

Gelombang minda anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.
Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan anda.

Inilah caranya bagaimana anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar anda. Puncanya adalah anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk anda nak berbaik-baik dengan orang, anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.

Allah tidak suka orang yang saling benci-membenci, kesannya nda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda.

Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda "simply" sebab anda ada aura yang menyenangkan.
Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda.

Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.

Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tak semena-mena atau kata kasarnya tak tentu pasal.

Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.

Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa anda perlu
belajar bagaimana mengemudi hati.<3<3<3

~kuretomey~

makna cinta pada Allah

 

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaan-Nya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cinta-Nya juga untuk mendapat rahmat-Nya supaya hidup anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma "simply" sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI anda.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta anda padanya.

Untuk apa anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang anda, supaya anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, anda rasa cukup puas hati.

Bila anda menolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang anda tolong itu gembira dalam menjalani kehidupannya. anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang anda lakukan lantas melihat anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.


Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki anda dimurahkan, hidup anda dibahagiakan, urusan anda dipermudahkan, masalah anda dikurangkan, pergaulan anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.


~kuretomey~

cara bagaimana mengatasi stress melalui fikiran

Fikiran Anda cepat menjangkit ke fikiran orang lain.

Begitu juga dengan orang lain ni. Fikiran mereka boleh menjangkiti fikiran anda. Untuk anda menangani stress dan menangani perasaan tertekan, cara paling senang adalah dekatkan diri dengan orang-orang berfikiran positif.

Kenapa? Fikiran positif orang yang anda dekati tu akan menjangkiti fikiran anda. Solusi terbaik, anda kena ada pasangan hidup yang berfikiran positif supaya anda jadi positif sentiasa.

Cara kedua, dekatkan diri sedekat mungkin dengan orang yang sentiasa bersyukur. Sebab, orang yang sentiasa bersyukur ni hatinya dipenuhi bunga-bunga kegembiraan.

Dia bersyukur dengan apa yang dia ada, justeru dia gembira mensyukuri semua apa yang Tuhan bagi kat dia – contohnya anggota badan, ahli keluarga, kerjaya, rumah, kereta, laptop, kawan dan duit walaupun jumlahnya RM10 saja.

Itulah dia dua cara bagaimana nak mengatasi stress melalui fikiran.

Jika anda lawan stress, anda akan dapat lebih banyak stress. Terbalikkan. Binalah kegembiraan dan binalah kepositifan supaya anda dapat kecilkan impak stress terhadap diri anda.



 *p/s : aku suggest an untuk korang bace..:)

~kuretomey~

4 tips bagaimana berdepan dengan lelaki pemalu

Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?


1. Anda kena berani memulakan.

Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.



                                           2. Gunakan cara non-verbal.

Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.


3. Malu biasanya cuma sementara.

Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.


4. Cakap pasal topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!


5. Santaikan wajah, santaikan suara.

Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.



Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.

~kuretomey~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...