Thursday, June 30, 2011

namamu menyerlahkan seri di wajahmu


Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerana pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan sayang
Aku rela berkorban apa saja
Kerana kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu


~ kuretomey~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...