as salam, sawadikap, hello, ni hao ma, ape lagi ntah...hahahhaa...yg
pentingnye, ucapan selamat untuk semua..harapnya semua sihat di bumi
Allah ini.
da lame tak buat note, blog pun tak update2 berbulan rasenye...(jadi tawar hati sekejap sebab blog aku tak cantik...hahaha)...
hurm..aku
nak kate pun, tak pandai sangat nak berkata-kata, nak menulis,
bukanlah penulis handalan..hanya nak komen ape-ape yang rase tak sedap
di mata, tak enak di hati, tak lunak didengar..
overall
PRK kat UniSZa baru-baru ni, amat berpuas hati dengan
kelancaran..Alhamdulillah dan syabas buat semua yang menjayakan PRK
hingga berjaya dari pihak HEP, staff sokongan dan juga calon-calon
serta pencadang-pencadang dan penyokong. tanpa salah satunya, PRK
takkan berjalan dengan sebaiknya.
yang baiknya PRK
UniSZA ni, kesungguhan pengundi a.k.a rakyat-rakyat jelata (mahasiswa/i
UniSZA)...sangat-sangat memberangsangkan..tahniah di atas kebangkitan
dan keterbukaan anda semua dalam PRK kali ini...saya sangat
berbangga...
saya ni tak la ikut secara overall perjalanan PRK, disebabkan banyak
kekangan dan hal-hal tersendiri...huuu..(malas pun ye jugak)..tapi
dari hari pertama pencalonan, dengar-dengar sahaj la dari orang-orang
yang saya jumpa di cafe, di kelas, di apartmen, rata-rata berbunyi
tentang komplot, kroni dan whatever..heee...pelik jugak rasenye...tapi
saya sedia maklum sendiri lah ape-ape yang disebutkan itu...cuma tak
sedap bila mendengarnya kerana rasa seperti bersubahat dalam sesi
'ketupat' itu...
manusia...tak dapat lari dari
mengata..manusia mana yang lepas dari sifat ini??/cuba buktikan pada
saya..Rasulullah s.a.w tu tak yah kira la...sebab nabi
maksum..heee..manusia memang dilahirkan dengan sifat suka mengata dan
berkata...so, berwasapadalah dengan apa yang keluar dari mulut
kita..alhamdulillah jika ianya benar tapi takutnya jika salah, dah tak
pasal-pasal jadi fitnah..kan dapat dosa free..
yang tak
baiknya dalam PRK kali ni, banyak sangat benda-benda yang tak patut
berlaku....kutuk mengutuk, caci mencaci, mengata orang atau calon-calon
sebagai anjing....hello...nabi sendiri tak kata orang camtu...ape bagus
sangat ke kata orang anjing???heee..saya nih tak bela atau memihak
sesapa, hanya berada di pihak berkecuali dan menyokong jika ianya
betul..tapi saya sangat terkejut dan sangat tak bersetuju dengan
tindakan sahabat kita sendiri "zmri prselangor"...lebih mengejutkan
lagi, pelajar syariah tu...haish...mane la nak bangunnya masyarakat dan
umat Islam yang bertamdun dan bersahsiah...tak bepada-pada dan
berwaspada dalam berkata-kata....
tahniah atas
kemenangan saudara Isa, sahabat yang saya kenali secara gitu-gitu je,
same-same wat gile dulu-dulu..hehehe....tahniah juga buat classmate
saya, saudara nik zawawi atau pok chek, saudari raihana, saudari hajar
(geng kayak), saudara saiful Islam (cik bob) dan lain-lain...semoga
korang semua akan terus cemerlang dan membawa suara-suara rakyat serta
membangunkan minda rakyat UniSZA agar tidak lagi tidur dalam menjadi
umat Islam yang cemerlang dan rakyat Malaysia yang gemilang dan
berbangga dengan warganya....
dan buat yang kalah dalam
PRK, jangan sedih, jangan putus asa....kalah bukan tak bererti
disisih, menang tak bererti disanjung..adat dalam pertandingan pasti
ada menang dan kalah...dicemuh, diherdik, dimaki, disokong, dibodek,
ditatang, segalanya adalah lumrah dalam kehidupan..bukan dalam
berpolitik sahaja...
buat semua warga
UniSZA...Ingatlah..keterbukaan dan kemajuan dalam apa jua perkara, jika
tidak dibimbing dan bersandarkan Al-Quran dan Sunnah, maka akan
sesatlah kita...akan hancurlah tamadun...Islam yang memacu kemajuan,
bukan kemajuan yang memacu Islam..jangan diikut jejak langkah kaum-kaum
yang sudah, kaum-kaum yang dilaknat, dan kaum-kaum yang berpandukan
akal dan kesenangna semata...
akhir kata moga MPP
UniSZA sesi 2011/2012 akan membawa UniSZA dan rakyatnya gemilang dan
terus cemerlang dalam mengahdapi dunia akhir zaman ini...kembali semula
kepada asal kita agar dapat kita sedar siapa diri kita...
wallahualam
Islam dijulang di mana anda berpijak, majulah UniSZA
~kuretomey~