Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif
dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah
atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam
proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas
negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan
cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan
dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa
Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil
kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan -
sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita
akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh
kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh
itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat
dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan
cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak
pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk
memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor
didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut
berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung
kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang
banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya,
selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul
persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi
4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang
banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita
sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan
tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam
kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang
lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam
ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
~kuretomey~
1 comment:
maka...??
rajin2kanlah berjemaah.. ;)
Post a Comment